Thursday, 20 May 2021

09042021 Virgin Ultra 50km




Alhamdulillah, 9 April, satu lagi pencapaian. Berjaya menamatkan larian ultra 50KM bersempena Garmin Enduro Ultra Virtual Run 2021 untuk kategori 50km (bawah 7 jam). Elapsed time 6.49.51 (ngam2 sebelum cot).

Sebenarnya, sejak berjaya tamatkan FM tempoh dari, memang berniat untuk perbaiki masa untuk larian jarak jauh sebegini. Tetapi larian jarak jauh untuk bagi orang yang mcm bro ni, perlu ada perancangan dan persediaan serta sokongan daripada rakan2. 

Jadi apabila garmin menganjurkan Garmin Enduro Ultra Virtual Run 2021 sempena pelancaran jam terbaru mereka, Garmin Enduro, bro terus ambil peluang ini. Pendaftaran percuma, dan kawan2 dari Melaka Runners United, 1 Krubong Night Runners dan teamsepakdaun semua nak join.

Boleh dikatakan event di tempat kami diketuai oleh Nabil, rakan same tempat keje bro. Water station, ais dan makanan semua disediakan daripada kutipan rakan2 pelari semua. Ada dua kategori, 100KM dan 50KM. Kebanyakkan register untuk 50KM. Wakil kami ada 3 org yang berjaya menamatkan 100 KM iaitu Ustaz Sabri, Cikgu Zarif dan Sis Nisa, dan 4 org wakil yang menamatkan 50 KM iaitu Shuk, Ustaz Ibnu, Fariq dan bro.

Bro memulakan larian bersama Abg Azlan, dan beberapa orang rakan. Kami berlari mengelilingi laluan luar 1 krubong, terus ke stadium hang jebat dan patah balik, kami dapat lebih kruang 13km. Meneruskan lagi larian, Abg Azlan bercadang untuk tidak menamatkan 50km dan berhenti di KM ke 21. Okay, bro teruskan larian bersama Nabil dan Cikgu Zarif. 

Di KM ke 25, bro seperti sudah tidak berkeyakinan akan tamatkan larian ini dibawah 7 jam, Nabil memberi sedikit analisis dimana beliau menyedarkan bro yang cabaran ini masih boleh dihabiskan. Make sure boleh habiskan 30KM dalam mase 4 jam. Kemudia lagi 20Km untuk 3 jam takkan tak boleh, pace 9. Lebih kurang begitulah ape yang Nabil ckp. Okeh, Larian diteruskan.

Banyak ditemani Cikgu Zarif di penghujung larian, Cikgu Zarif banyak menenagkan bro supaya tidak terlalu push untuk mengelakkan kecederaan dan memastikan larian 50KM ini boleh tamat. Alhamdulillah, larian taman dengan jayanya masa jam 6 jam 28 minit 53 saat. Disebabkan pause, masa sebenar 6 jam, 49 minit 51 saat. Alhadulillah, bawah 7 jam.

Sebenarnya, bro rase, masih lagi boleh berlari untuk jarak yang lebih jauh. Mungkin ini kesan daripada latihan larian harian yang bro buat. Alhamdulillah, mungkin jika ada event lagi, bro akan sertai. Mungkin 60 / 80 / 100 KM inshaAllah.

Jom sihat bersama.