Bermula racunan sifu gunung MMU, Abg Azlan, akhirnya bro terikut rancangan ke Gunung Kaingaran dan Sinsing pada tarikh 27 - 29 Sept 2020 😂 Pendakian yang diuruskan oleh Oobah Venture ini bernilai RM430 tidak termasuk flight tiket dan makan. Jika berborak dengan otai lama dunia pendakian, dua gunung ini masih baru. Tidak silap bro, di buka pada tahun 2018. Trek yang boleh dikatakan suci lagi.
Atas niat untuk tidak menyusahkan sesiapa sepanjang pendakian, bro paksa diri berlari. Masa ini baru bro sedar yang bro mampu berlari dengan jarak yang bro sendiri tidak pernah sangka. Sukan larian memang bukan pilihan bro (sebenarnya, semua sukan pon tak, bro kaki tangan bangku sukan 😂😂😂). Banyak bro belajar tentang ilmu larian daripada Abg Azlan (otai gunung serta dunia larian, mungkin beratus gunung dan larian full marathon didalam dan luar negara telah disertainya) dan Nabil (seorang ahli sukan mengajar metematik di MMU).
Setakat hari ini, bro masih lagi belum mencuba "half-marathon", tetapi bro telah berjaya menurunkan kadar degupan jantung (heart rate) sepanjang larian ke zone 1 - 2 berbanding sebelum ini, zone 4 - 5 untuk larian 6km - 10km. Untuk seseorang yang tiada bakat sukan, ini adalah satu pencapaian, hahahaha. Alhamdulillah. Tempat berlari kegemaran bro sudah tentu Tasik 1 Krubong yang dekat dengan rumah bro. Satu loop lebih kurang 1.5km. So okay la.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXuLgR8llCJgyW8vPBlmRThOpzymWdDhejNECU55w2Q14b7hToGaD3IP6jjtR0WmiQO3MCqyRoAaKUVrn2M8S64S5axl5-MMOKeCK7IKEjIrYAMdmtWb63RtMtmZTENyYIPBX7R1vpITY/s320/WhatsApp+Image+2020-09-04+at+10.39.19+AM+%25281%2529.jpeg) |
Ni loop tasik 1 krubong
|
Selain dari tasik 1 krubong ni, Abg Azlan juga introduce bro lari di Tasik Putrajaya (parking kat Anjung Floria) jika bro berada di Puchong dan bukan orang Muor la kalau tak lari dekat Tanjung 😂
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCaDzkNP5loxg9XIoNoCeQ7MRp1h-BeNk8zSMKdBLHb-rw2_SXHWDCV0CSNlnRzlfoQYKnSWXS1kO2E1b_O0zsAoPKjmhXId0uky4rwJxkjjoKfE5_y92pLtnY-WzCQBCnZBItwFPX4bY/s320/WhatsApp+Image+2020-09-04+at+10.36.47+AM.jpeg) |
Trek Tanjung Ketapang Muor
|
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzwAPx-CSo581dgPzvyu-p2Epq_1nEQumGsMtnKhIDMaHDMF5ElgHxhpusSkWllQeXAbWplInnfRNHocUZ4Hps5mr8rQXmDNlvIts5EUBt2YYpK2vHJZow7iwVF9wg8PElWUdmxOSUQGs/s320/WhatsApp+Image+2020-09-04+at+10.36.47+AM+%25281%2529.jpeg) |
Tasik Putrajaya "core" island
|
Setakat ni bro boleh cakap tempat yang paling cantik ialah Tasik Putrajaya. Bro ada juga lari di tepi Sungai Melaka beberapa kali, tapi sebab trek yang agak sempit, bro lebih prefer di Tasik 1 Krubong.
Berbanding kepada pendakian, larian lebih memenatkan kerana jarak yang lebih jauh perlu dicapai pada masa yang lebih singkat. Nasihat pertama Nabil (selepas bro pertama kali lari sejauh 7km semasa event larian "Ini Rumah Kita") ialah berlari perlahan tetapi set masa (contoh lari selama 20 minit secara perlahan). Kemudian Abg Azlan memperkenalkan latihan Maximum Aerobic Function (MAF). Dua cara ini pada bro agak sama konsep. Pada asasnya, larian seperti ini meningkan kan stamina tanpa membahayakan jantung. Yes. Bro menggunapakai cara ini.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPVjI9FVsFguszaukYQzC72rqpiJXN5KIQb1awqpeCPn0oQEsKoSsVWE7j4CA2sLxhrfpvrRNkgTYnrDwBQxAklmrkRcf-REYexa7uIJhPvY3vraKJO_IcMqLPvaNF0nnpBNeshi0E8g4/s320/WhatsApp+Image+2020-09-04+at+10.36.47+AM+%25282%2529.jpeg) |
Ini HR terbaru bro September 2020 |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiotdrsYreJvSmtLJPtiKHc84QA7oplr-ThSFwEsJJp9qFkUHVgFhUs1kB9Ib-Cj85X9vXuJzr9O6Bnw4J207nBY0i81D5tO5LoOl_Kk_nvaep3h_sayNZGZlN_dRbXYlcuSbyiluOwjfU/s320/WhatsApp+Image+2020-09-04+at+10.39.19+AM.jpeg) |
Ini HR bro pada bulan Januari 2020 |
Ini kesan daripada latihan MAF yang bro gunapakai sejak bulan Jun 2020 yang lepas. Boleh lihat gambar diatas untuk jarak (6km), kelajuan (pace 7++) dan tempat (Tasik 1 Krubong) yang sama. Walaupun jika dilihat lebih teliti, gambar pada bulan Januari, bro menggunapakai setting Maximun HR (MHR) dan yang terbaru, bro guna HR Reserve (HRR), tetapi ianya masih satu pencapaian pada bro (yes, sekali lagi, kaki bangku sukan). Petukaran setting ini atas nasihat Nabil.
Pada asasnya, MAF training adalah berlari dengan kelajuan yang selesa tetapi melestarikan kadar degupan jantung berdasarkan umur (contoh 180 - umur (35), jadi berlari dengan kadar degupan jantung 145bpm sahaja). Seboleh - bolehnya bro akan cuba berlari dengan kadar 145bpm sahaja, namun, terkadang, ramai gadis dikawasan riadah, dan syaitan memulakan kerja dengan menghasut bro untuk berlari lebih laju dengan tujuan riak, Astagfirullah. Semoga kita dijauhi dengan perasaan - perasaan yang tidak diredhai Allah. Hal ini menyebabkan kadar degupan jantung tidak setabil dan mungkin latihan yang tidak berkesan 😓. Hebatnya Maha Pencipta itu, jika kita mengikuti arahan-Nya, kita akan lebih tenang kepada fokus tujuan utama kita. Ya, berlari juga mendekatkan kita dengan Maha Pencipta kita. Boleh jadi juga, menjauh kan kita. Semoga bro dijauhkan dari perkara yang tidak diredhai-Nya.
Ringkasnya, MAF (mengikut kefahaman bro - mungkin salah)
1. Lari dengan HR yang rendah sekalipun terpaksa menurunkan pace larian (HR set pada 180 tolak umur) - lari laju2 nak kemane tu bro...?? - ade org tegur mase mule2 dulu 😁
2. Lari dalam masa lebih kurang 60 minit sekali larian.
3. Tidak perlu target KM, tetapi tidak salah juga jika masih ingin target.
4. Seminggu sekurang - kurangnya 3 - 4 kali larian.
5. Hasil boleh dilihat seawal 4 minggu latihan hingga 8 minggu latihan (berbeza bergantung kepada kekuatan badan).
6. Maintain larian pada kadar HR (180 - umur), jgn terlalu perlahan atau terlalu laju.
Nasihat bro untuk sesiapa sahaja yang ingin berlari, mulakanlah. Larilah. Jangan malu untuk bertanya. Biarkan kritikan serta sindiran orang menambah semangat kita. Lari lah untuk sihat. Lari lah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Larilah untuk diri sendiri.
Kesihatan badan adalah kurniaan Maha Pencipta. Hargai lah dengan menjaganya sebaik mungkin.