Thursday, 3 September 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membunuh industri pelancongan gunung (hiking)

 Sejak diwartakan sebagai pandemik dunia, virus Covid-19 bukan sahaja telah mengambil nyawa ribuan manusia, malah telah "mematikan" banyak perniagaan. Industri yang paling teruk terjejas sudah tentu industri pelancongan. Banyak hotel di negeri - negeri yang popular dengan aktiviti pelancongan terpaksa menggulung tikar akibat daripada ini.

Di Malaysia, PKP dimulakan apabila terdapat peningkatan ketara kepada jumlah penduduk yang dijangkiti virus ini. Sejarah PKP Malaysia seperti berikut:


Fasa 1 :
18 Mac - 31 Mac 2020
Fasa 2 :
1 April - 14 April 2020
Fasa 3 :
15 April - 28 April 2020
Fasa 4 :
29 April - 12 Mei 2020
Fasa 5 (PKPB) :
13 Mei - 9 Jun 2020
Fasa 6 (PKPP) :
10 Jun - 31 Ogos 2020
Fasa 7 (PKPP) :
1 September - 31 Disember 2020
*PKPB : Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
**PKPP : Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
18 Mac 2020 - 31 Disember 2020 (Tentatif) (5 bulan dan 13 hari)

Fasa 1 sehingga fasa 4 boleh dikatakan fasa yang amat kritikal untuk semua. Penyesuaian kepada norma baharu yang agak kekok untuk diamalkan. Ramai yang hilang pekerjaan terutama yang bekerja di sektor pelancongan. Membeli belah atas talian semakin meningkat sehingga semua peniaga cuba menuruti norma ini untuk kekal relevan. Industri yang meningkat tinggi pada masa ini ialah industri penghantaran barangan serta pelayar internet (streamer).

Bagi sesetengah industri, penyelesaian atas talian adalah tidak mungkin terutamanya industri yang memerlukan pelanggan bergerak ke tempat perniagaan / kawasan dirancang. Industri pendakian adalah salah satunya. Ramai pengurus aktiviti ini terpaksa membuat pelbagai peniagaan / pekerjaan lain. Disini kita boleh lihat kesungguhan dan kreativiti mereka. 

Memasuki Fasa ke 5, aktiviti sukan sudah mula dibenarkan sedikit demi sedikit. Masih lagi terdapat banyak halangan untuk mengurusakan trip pendakian antaranya, pihak jabatan hutan mewajibkan hanya petunjuk arah berdaftar atau ahli Persatuan Malim Gunung Malaysia (PMGM) sahaja boleh menguruskan trip.

Pendapat aku

Ya, industri ini mengalami penurusan drastik. Bayangkan, jika pendapatan bersih seorang pengurus aktiviti pendakian ini secara purata RM500 setiap pendakian, sebulan sekurang-kurangnya mereka boleh menguruskan 10 aktiviti, jumlah sebulan RM5,000. Kehilangan pendapat ini sangat terkesan kepada mereka terutamanya merekan yang mempunyai keluarga. Morotarium yang diberikan boleh dikatakan anugerah terindah kepada mereka.

Bercakap berkenaan morotarium, ini adalah salah satu faktor industri pelancongan dalam negara "meletop" terutamanya di fasa 6. Kerana lebihan duit dan tidak boleh keluar negara, kebanyakkan rakyat mempunyai lebihan duit dan menggunakannya untuk berjalan. Sudah tentu terdapat Standard Operating Procedure (SOP) yang ketat, tetapi atas pemerhatian aku, kebanyakkan hanya syarat sahaja. 

Perkara ini juga membolehkan aktiviti pendakian meningkat secara drastik. Setakat tarikh penulisan ini, masih banyak lagi gunung yang tidak dibenarkan untuk didaki. Pengurus gunung terpaksa menaikkan harga sesuatu aktiviti kerana mereka terpaksa menanggung kos lebih seperti membayar juru arah berdaftar.

Aku percaya, industri ini akan terus "survive" dan bukan sekadar aktiviti yang mengikut trend semasa seperti aktiviti berbasikal.

Majulah sukan untuk semua. Mendaki untuk sihat dan menghargai ciptaan Maha Pencipta. Bukan untuk riak memberitahu dunia kehebatan diri. Mendaki untuk kepuasan diri. Boleh dikongsi dengan rakan - rakan. Setiap orang ada kepuasan masing - masing. Ada yang suka berkhemah, ada yang suka masa singkat. Berlapang dada menyokong rakan dan buanglah rasa cemburu atau ketidakpuasan hati jika pendapat tidak serupa.



No comments:

Post a Comment