Mendaki Gunung Kinabalu merupakan antara lifetime wish bro. Nak dijadikan cerita, 11 March 2019, baru lepas kelas silat dengan Khairre kat ofis STAD MMU, Ayu tanya bro, "ariff tak nak join kitorang naik Kinabalu nanti?". Fuhh, dengar ni, bro terus la cakap nak join. Dorang memang banyak mendaki dekat luar, last haritu dorang pergi Gunung kat Sarawak. Bila call gogo (Mr. M) dan deal, bro kena bayar RM500 dulu daripada total RM850. Bro buat survey sikit, RM850 ni agak murah sebab 4 hari 3 malam siap makan semua. Jadi bro setuju dan terus bayar. Kena pulak duit claim baru masuk, memang macam nak kene pergi la. Ni tentatif ringkas:
18.10.19- Sampi di Airport KK mesti sebelum 1 pm
19.10.19- Pendakian Bermula (8.30AM)
20.10.19- 2.30am naik puncak. Turun gunung hari yg sama.
21.10.19- Balik KL. Sila ambil Flight Malam selepas jam 7 mlm.
Mr M add bro kat dalam group whatsapp nama "Panalaban". Dalam trip ni ada 13 orang:
1. Khairre - Team MMU
2. Ayu - Team MMU
3. Fazli - Team MMU
4. Abg Zaidi (kaki pancing) - Team Penang
5. Man (budak jahat) - Team Penang - tak jahat pon budaknya, baik je..
6. Jack Hadi - KL (pakar rujuk gunung - power dia nih, tanya je mana gunung, detail dia bagi)
7. Sheqal - KL (paling muda - memang fully Adidas)
8. Abg Azim - Kajang (pandai amek gambar) - geng dengan Kak Ina
9. Kak Ina - Kajang (akak baik) - geng dengan Abg Azim
10. Ayah Haship - Team Perak (paling berusia 70 tahun - tapi padu namatey)
11. Kak Ina Ustazah - Team Perak (banyak tazkirah dari akk ni, jadi kami panggil dia Kak Ina Ustazah)
12. Kak Shikin - Team Perak (memang gaya akak2 ni, lembut dan peramah)
13. Bro sendiri - Team MMU
Ni lah line up Kinabalu. Rezeki kenal dengan dorang ni. Semua baik2 belaka. Perwatakan semua menarik.
Lupa nak cakap, yang RM850 tu, tak termasuk:
1. Kos porter - kalau memilih untuk guna porter la.
2. Kos guider
3. Flight ticket
4. Lunch sepanjang trip - kalau fikir, hari smpai, mmg dah siap2 lunch, hari kedua, dah naik puncak, hari ketiga turun puncak, hari keempat ja la. so okay la.
Sebelum trip, Kak Shikin ada cadangkan buat t-shirt trip. Bro okay ja. Best jugak kalau pakai baju sama kaler semua.
![]() |
Ni la design bajunya |
Persediaan nak ke Gunung Kinabalu ni bro buat dari awal. Bro beli kasut Hi-Tec, seluar hiking Karrimor, dengan beg 15L Karrimor semua sebab ni. Tiket flight pulak bro memang tunggu betul2 murah. Harga bro dapat pergi balik dengan Airasia : RM286.71. Pergi 18/10/2019 jam 7.25 am (AK5108), balik 21/10/2019 jam 8.30 pm (AK5119). Murah sebenarnya harga ni. Dua bulan sebelum tarikh, bro Khairre bagitau pasal bundle 7Five Outdoor Gear dekat Bachang (sebelah KipMart). Bro beli lagi seluar kat sini. Barang2 okay, owner dia, Abg Eddie ni pon peramah. Siap amek gambar bro lagi. Abg Eddie ni hikers otai dari Melaka. Abg Azlan ada nasihat kitorang turun kan berat badan dalam sekilo dua sebab nanti nak bawak beg berat ke Kinabalu. Ayu siap melawak nak beli boxer superman untuk tutup mulut time sejuk lagi. hahahaha.
![]() |
Ni gambar bro dalam FB 7Five Outdoor Gear |
17/10/2019
Kami naik bus dari Melaka Sentral ke KLIA 2. Abg Azlan dengan baik hatinya ambil kami di MMU dan hantar ke Melaka Sentral. Kami naik bus jam 12.15 am (kira dah 18/10) Transnasional. Harga tiket bus RM25.70. Seat bro belakang, single seat.
![]() |
Ni gambar bro baru masuk bus |
18/10/2019
Kami sampai KLIA 2 around jam 3 am. Masa ni kawan2 dari group Panalaban takde lagi. Kami tido kat surau tingkat bawah. Sejuk yang amat. Bro boleh pulak lapo, bro makan oden kat family mart. Banyak je kedai bukak sini, untuk charge hp pon ye.
Flight bro jam 7.25 am. Flight geng2 lain pukul 8.30 am. Sebenarnya masa bro beli tiket, flight yang murah 7.25 dan 9.25. Bro pilih yang awal sebab bro tak suka lambat. Biar bro tunggu orang, jangan orang tunggu bro (itu tagline..hahaha). Jadi bro pon naik dulu. Dalam group cakap Kak Ina ustazah satu flight degan bro, tapi sebab tak kenal lagi, bro lepak sendiri je. Pada bro, seat Airasia ni agak menegak, lenguh jugak badan bro. Nak tido pon tak selesa. Biasala nak yang murah kan.
Bro sampai Kota Kinabalu jam 10 am. Masa nak turun flight, bro tegur Kak Ina ni. Kami amek beg dan lepak sama2 kat oldtown. Macam biasa bro makan lagi 😅 Masa ni bro dah nampak ciri2 ustazah kat Kak Ina ni. Lebih kurang 2 jam bro kene tazkirah pagi. Alhamdulillah, banyak dapat ilmu. Kawan2 lain sampai dalam lebih kurang jam 12. Kami lepak di KFC sebab ada yang nak makan.
Masa ni bro Khairre cadangkan beli poskad kat pos pada diri sendiri dari puncak Kinabalu nanti. Baru bro tau pos opis paling tinggi ada kat puncak Kinabalu. Kami cari poskad dan setem. Semua orang isi siap2 sementara tunggu vsan sampai.
Dalam pukul satu van sampai. Satu van dan satu kereta. Van boleh bawak 10 orang, kereta 3 orang. Geng perak (Ayah, Kak Ina ustazah dan Kak Ekin) naik kereta, yang lain naik van.
Van plan bawak kami ke homestay, tapi singgah kaki Gunung Kinabalu dan naik Bukit Sosodikon dulu. Masa singgah amek tag kat kaki Gunung Kinabalu, excited dia lain macam. hahah.. Lepas tu ke Bukit Sosodikon.
Sampai ke Bukit Sosodikon ni. SubhanaAllah. kat sini cantik sangat. Nak naik bukit ni tak susah mana pon, macam jalan2 suka2 je. Nampak Gunung Kinabalu daripada sini. Ada 3 orang photographer yang memang dah ade kat sini. Dorang tengah tunggu view cantik.
Lepas tu gerak ke homestay. Dalam pukul 6 kot sampai. Katil double-decker. Lelaki satu bilik, perempuan satu bilik. 9 orang semua muat satu bilik. Kire ok la ni. Sejuk kat sini. Petang dalam pukul 7 ada makan. Kat sini ada jugak yg soalkan dari sudut halal haram (sebab nampak kat kedai ni ada alatan sembahyang agama lain), tapi alhamdulillah, Mr M dah clarify kan (atas pertanyaan kak Ina ustazah). Owner nye convert islam, jadi family member lain masih lagi ada agama lain. Bro makan banyak macam biasa, kahkahkah. Malam tu sempat jugak borak2 dengan Jack Hadi, Abg Azim dan Sheqal. Sempoi dorg ni. Experience naik gunung semua hebat2. Malu bro.
19/10/2019
Bangun subuh, bro terus mandi dulu. Macam biasa, bro tak suke rebut2 bilik air, jadi bangun awal mandi awal, hahaha. sejuk tapi ada heater, okay la. Harini kami start hiking. Fuh, semua dah decide nak pakai baju tadi harini. Ada yang tinggal bag kat homestay ni. Ayah Haship ni sangat peramah dan kelakar. Ada satu brader konvoi motor, siap bagi snowcap dekat dia. Lagi, yang buat Ayah Haship ni femes sebab usia dia. Bayangkan lah, umur dah 70 tahun, tapi kuat lagi mendaki sana sini. Dalam group HARAM tu, hari2 post mendaki Bukit 300. hahaha.
Kami sampai kaki Gunung Kinabalu dalam pukul 8 pagi. Ada 3 orang guide kami. Briefing panajng jugak. Masa ni, sape2 yang tak larat nak bawak beg, boleh upah porter angkatkan. Bro angkat sendiri je. Macam tak berapa puas rasenye kalau upah orang, lagipon, apa je la nak bawak naik atas kan? hahaha.
Untuk mendaki Gunung Kinabalu ni, memang wajid tidur di Panalaban. Dari bawah ke Panalaban lebih kurang 6km. Panalaban ke puncak (Low Peak) pula lagi 3km. Lebih kurang setiap km ada RnR, toilet pon ada. Kami mula mendaki dalam pukul 9.
Sepanjang pendakian, kami jumpa ramai porter angkat barang besar2. Perempuan pon ada. Ini contoh guna tulang empat kerat cari rezeki. Laju ooo dorg naik.
Mula dengan KM1, lebih kurang sama denagn gunung2 Malaysia yang lain. Bila mula sampai KM3, suasana dah mula lain. Cantiknya ciptaan Allah. Memang kagum. Di KM4, kami berjalan didalam awan. Kat sini memang sentiasa lembap seperti hujan tetapi tak hujan.
Kami sampai dalam jam 2 petang. Kawan2 lain ramai dah sampai awal. Power dorang ni. Rasanya Sheqal sampai paling awal. Dorang dah cop kan tempat tido kami siap2 di Panalaban Rest House. Selesa. Single bed. Besar ruang nya. Ada banyak tempat nak tido lain kat sini, macam Lemaing Hut, tapi double decker la. Harga pon katenye murah sikit.
Kami makan malam awal, pukul 7 kot. Lepas tu kami kene tidur sebab pukul 2 pagi akan mendaki ke puncak. Sejuk kat sini memang tak boleh bawak bincang. Rasanya dalam hidup bro, ni la tmpt paling sejuk yang bro pernah rasa. Maklum lah, belum sampai tempat salji lagi..hahaha..Memang kalau tak mandi pon xpe, tapi bro mandi jugak. Sampai2 Panalaban Hut, terus mandi, tengahari sejuk dia boleh tahan lagi. Ni sebenarnye nasihat John. hahahaha.
20/10/2020
Bro tidur agak mudah. Mungkin sebab letih. Masa ni sempat jugak video call anak2 dan wife. Line kat sini not bad. Bro bagun awal, dalam pukul 11 malam. Lepak2 jap, lepas tu kejut kawan2 lain. Gosok gigi jee, takyah mandi. Air sejuk namatey..hahahaha. Kami siap2 nak gi makan (late supper), lepas tu terus peak attack.
Ada cut-off time (COT) kat sini. Mesti sampai Sayat2 jam 4 pagi. Jadi kami beramai2 jalan la. Kami berempat dari MMU tak berpecah. Jalan sama2. Agak perlahan tapi okay. Sampai Sayat before COT. Ayu nak amek air semayg dan toilet. 20 minit jugak la..maklum lah, perempuan..hahaha. Lepas tu kami sambung jalan. Kami solat subuh di KM8.
Kami sampai puncak agak lewat berbanding dengan rakan2 lain. Tapi okay la jugak, sebab kami dapat stay lama sikit (dah tak ramai orang). Syok akt atas ni. Rasa taknak turun dah. hahaha. Kat sini memang kita rasa kecik sgt. Rasa kebesaran Allah. Cantik macam kita ada kat dunia lain.
Kami turun dan sampai Panalaban Rest House dalam pukul 10. Masa ni dah tak sejuk dah, boleh bukak sweater tebal tu. Untuk geng yang nak naik, boleh bawak spek hitam, silau atas ni.
Kawan2 lain semua dah turun dah. Dorang ada tapau kan breakfast. Makan sikit2 dan terus turun. Masa ni En Fazli makan sambil tido. Kesian dia, malam tadi tak dapat tido. Keams2 beg semua, lepas tu guider suro kami turun dulu.
Bro dengan En Fazli gerak sama. Ayu dan En Khairre pulak kat belakang kami. Masa berdua dengan En Fazli, kami gerak dengan pace yang agak laju (mungkin sebab takot tak lepas COT dan kene charge lebih - hahahaha). Sampai ke bawah dalam lebih kurang jam 3.
Bro dengan En Fazli makan megi (beli), lepas tu dorang ajak gerak dulu ke homestay seterusnya. Masa ni En Fazli ada cakap homestay yang kami nak gi ni, namenye Hounon, mmg cantik. Kelebihan trip Mr M ni, tempat yang dia pilih cantik2. Lepas tu semua dah ada. Kita takyah susah2 nak fikir. Ikut ja. Ada view Gunung Kinabalu daripada sini. Memang cantik. Tapi sebab kami amek dorm, air kat toilet tu slow betul. Hahahaha. Yang lain okay ja. Kat sini, Man buat video daripada gambar2 kami, ada background lagu best. Cayalah Man. Makan malam dan borak2. Maklum la, esok dah nak balik.
21/10/2019
Hari last, bangun pagi, masak breakfast sama2. Makan, lepak2 kejap, lepas tu gerak. Masa ni kami minta dibawa ke Desa Dairy Farm, jambatan tamparuli, dan pasar filipino. Mase ni tak silap kami tambah sikit RM untuk pergi ke Desa Dairy Farm. Dah alang2 sampai. Bile lagi.
Lepas tu kami bawa haluan masing2. Abg Zaidi dan Man tido semalam lagi. Masa ni rase rugi pulak tak lepak lama sikit, kalau tak boleh pergi pulau2. Dah alang2 sampai kan.
Sampai KLIA dalam pukul 1 tak silap. Tido tepi2. hahaha.
Nak share sikit, ni la barang yang bro bawak untuk trip ni:
1. Bju kain jersey - 3
2. Seluar track - 1
3. Seluar hiking - 3
4. Bju thermal fit - 1
5. Seluar thermal fit - 1
6. Beg kecik (peak attack) - 1
6. Bj sejuk - 1
7. Glove getah - 1
8. Glove biase - 2
9. Headlamp - 1
10. Bateri backup - 1 set
11. Stocking - 3
12. Boxer - 4
14. Tutup hidung (xtau ape name tp ayu ckp boxer boleh gune) - 2
15. Poncho rm2 - 1
16. Bj hujan full set siap kasut - 1
17. Ic / kad bank / lesen
18. Cash rm250
19. Tongkat - 1
20. Kembara pack - 1
21. Garam ors - 4
22. Gula2 himalaya - 5
23. Sneakers - 11 pcs kecik
24. Roti - nk beli mlm kang
25. Snow cap - 1
26. Selipar jepun - 1
27. Kasut - pakai terus
28. Botol air - 2 (boleh lipat)
29. Beg plastik hitam besar - 2
30. Berus gg dan brg mndi - 1 set (hotel pnye)
31. Tuala kecik - 1
32. Windbreaker nipis - 1 nk pakai mlm ni.
Akhir kata, pengalaman yang memang tak dapat dilupakan. Ukhwah dengan geng2 Kinabalu ni diteruskan. Semua baik2 belaka.
Terima kasih kepada En Khairre yang banyak amek gambar dan jadi ketua kami untuk trip ni. Terbaik.
Dalam pukul satu van sampai. Satu van dan satu kereta. Van boleh bawak 10 orang, kereta 3 orang. Geng perak (Ayah, Kak Ina ustazah dan Kak Ekin) naik kereta, yang lain naik van.
![]() |
Dari kiri: Abg Azim, bro, En Fazli, Jack Hadi, Ayu, Kak Ina, En Khairre dan Sheqal |
Sampai ke Bukit Sosodikon ni. SubhanaAllah. kat sini cantik sangat. Nak naik bukit ni tak susah mana pon, macam jalan2 suka2 je. Nampak Gunung Kinabalu daripada sini. Ada 3 orang photographer yang memang dah ade kat sini. Dorang tengah tunggu view cantik.
Lepas tu gerak ke homestay. Dalam pukul 6 kot sampai. Katil double-decker. Lelaki satu bilik, perempuan satu bilik. 9 orang semua muat satu bilik. Kire ok la ni. Sejuk kat sini. Petang dalam pukul 7 ada makan. Kat sini ada jugak yg soalkan dari sudut halal haram (sebab nampak kat kedai ni ada alatan sembahyang agama lain), tapi alhamdulillah, Mr M dah clarify kan (atas pertanyaan kak Ina ustazah). Owner nye convert islam, jadi family member lain masih lagi ada agama lain. Bro makan banyak macam biasa, kahkahkah. Malam tu sempat jugak borak2 dengan Jack Hadi, Abg Azim dan Sheqal. Sempoi dorg ni. Experience naik gunung semua hebat2. Malu bro.
![]() |
Makan malam kami |
Bangun subuh, bro terus mandi dulu. Macam biasa, bro tak suke rebut2 bilik air, jadi bangun awal mandi awal, hahaha. sejuk tapi ada heater, okay la. Harini kami start hiking. Fuh, semua dah decide nak pakai baju tadi harini. Ada yang tinggal bag kat homestay ni. Ayah Haship ni sangat peramah dan kelakar. Ada satu brader konvoi motor, siap bagi snowcap dekat dia. Lagi, yang buat Ayah Haship ni femes sebab usia dia. Bayangkan lah, umur dah 70 tahun, tapi kuat lagi mendaki sana sini. Dalam group HARAM tu, hari2 post mendaki Bukit 300. hahaha.
Kami sampai kaki Gunung Kinabalu dalam pukul 8 pagi. Ada 3 orang guide kami. Briefing panajng jugak. Masa ni, sape2 yang tak larat nak bawak beg, boleh upah porter angkatkan. Bro angkat sendiri je. Macam tak berapa puas rasenye kalau upah orang, lagipon, apa je la nak bawak naik atas kan? hahaha.
Untuk mendaki Gunung Kinabalu ni, memang wajid tidur di Panalaban. Dari bawah ke Panalaban lebih kurang 6km. Panalaban ke puncak (Low Peak) pula lagi 3km. Lebih kurang setiap km ada RnR, toilet pon ada. Kami mula mendaki dalam pukul 9.
Sepanjang pendakian, kami jumpa ramai porter angkat barang besar2. Perempuan pon ada. Ini contoh guna tulang empat kerat cari rezeki. Laju ooo dorg naik.
Mula dengan KM1, lebih kurang sama denagn gunung2 Malaysia yang lain. Bila mula sampai KM3, suasana dah mula lain. Cantiknya ciptaan Allah. Memang kagum. Di KM4, kami berjalan didalam awan. Kat sini memang sentiasa lembap seperti hujan tetapi tak hujan.
Kami sampai dalam jam 2 petang. Kawan2 lain ramai dah sampai awal. Power dorang ni. Rasanya Sheqal sampai paling awal. Dorang dah cop kan tempat tido kami siap2 di Panalaban Rest House. Selesa. Single bed. Besar ruang nya. Ada banyak tempat nak tido lain kat sini, macam Lemaing Hut, tapi double decker la. Harga pon katenye murah sikit.
Kami makan malam awal, pukul 7 kot. Lepas tu kami kene tidur sebab pukul 2 pagi akan mendaki ke puncak. Sejuk kat sini memang tak boleh bawak bincang. Rasanya dalam hidup bro, ni la tmpt paling sejuk yang bro pernah rasa. Maklum lah, belum sampai tempat salji lagi..hahaha..Memang kalau tak mandi pon xpe, tapi bro mandi jugak. Sampai2 Panalaban Hut, terus mandi, tengahari sejuk dia boleh tahan lagi. Ni sebenarnye nasihat John. hahahaha.
![]() |
Bro tukang pos kan poskad2 tadi |
![]() |
Bersama Kak Ina Ustazah |
Bro tidur agak mudah. Mungkin sebab letih. Masa ni sempat jugak video call anak2 dan wife. Line kat sini not bad. Bro bagun awal, dalam pukul 11 malam. Lepak2 jap, lepas tu kejut kawan2 lain. Gosok gigi jee, takyah mandi. Air sejuk namatey..hahahaha. Kami siap2 nak gi makan (late supper), lepas tu terus peak attack.
Ada cut-off time (COT) kat sini. Mesti sampai Sayat2 jam 4 pagi. Jadi kami beramai2 jalan la. Kami berempat dari MMU tak berpecah. Jalan sama2. Agak perlahan tapi okay. Sampai Sayat before COT. Ayu nak amek air semayg dan toilet. 20 minit jugak la..maklum lah, perempuan..hahaha. Lepas tu kami sambung jalan. Kami solat subuh di KM8.
![]() |
KM8 tempat kami solat Subuh |
![]() |
Puncak seringgit - gamabr wajib semua ni |
![]() |
Landmark duit seringgit dengan seratus |
![]() |
Ni la Sayat2 |
![]() |
Ni pulak kolam cermin. Gambar wajib jugak ni. |
![]() |
Yes, ni puncak Low Peak |
Kami turun dan sampai Panalaban Rest House dalam pukul 10. Masa ni dah tak sejuk dah, boleh bukak sweater tebal tu. Untuk geng yang nak naik, boleh bawak spek hitam, silau atas ni.
Kawan2 lain semua dah turun dah. Dorang ada tapau kan breakfast. Makan sikit2 dan terus turun. Masa ni En Fazli makan sambil tido. Kesian dia, malam tadi tak dapat tido. Keams2 beg semua, lepas tu guider suro kami turun dulu.
Bro dengan En Fazli gerak sama. Ayu dan En Khairre pulak kat belakang kami. Masa berdua dengan En Fazli, kami gerak dengan pace yang agak laju (mungkin sebab takot tak lepas COT dan kene charge lebih - hahahaha). Sampai ke bawah dalam lebih kurang jam 3.
![]() |
Ni tangga terakhir sebelum sampai - paling seksa nih |
![]() |
Ni geng lain dah sampai awal |
21/10/2019
Hari last, bangun pagi, masak breakfast sama2. Makan, lepak2 kejap, lepas tu gerak. Masa ni kami minta dibawa ke Desa Dairy Farm, jambatan tamparuli, dan pasar filipino. Mase ni tak silap kami tambah sikit RM untuk pergi ke Desa Dairy Farm. Dah alang2 sampai. Bile lagi.
Lepas tu kami bawa haluan masing2. Abg Zaidi dan Man tido semalam lagi. Masa ni rase rugi pulak tak lepak lama sikit, kalau tak boleh pergi pulau2. Dah alang2 sampai kan.
Sampai KLIA dalam pukul 1 tak silap. Tido tepi2. hahaha.
Nak share sikit, ni la barang yang bro bawak untuk trip ni:
1. Bju kain jersey - 3
2. Seluar track - 1
3. Seluar hiking - 3
4. Bju thermal fit - 1
5. Seluar thermal fit - 1
6. Beg kecik (peak attack) - 1
6. Bj sejuk - 1
7. Glove getah - 1
8. Glove biase - 2
9. Headlamp - 1
10. Bateri backup - 1 set
11. Stocking - 3
12. Boxer - 4
14. Tutup hidung (xtau ape name tp ayu ckp boxer boleh gune) - 2
15. Poncho rm2 - 1
16. Bj hujan full set siap kasut - 1
17. Ic / kad bank / lesen
18. Cash rm250
19. Tongkat - 1
20. Kembara pack - 1
21. Garam ors - 4
22. Gula2 himalaya - 5
23. Sneakers - 11 pcs kecik
24. Roti - nk beli mlm kang
25. Snow cap - 1
26. Selipar jepun - 1
27. Kasut - pakai terus
28. Botol air - 2 (boleh lipat)
29. Beg plastik hitam besar - 2
30. Berus gg dan brg mndi - 1 set (hotel pnye)
31. Tuala kecik - 1
32. Windbreaker nipis - 1 nk pakai mlm ni.
Akhir kata, pengalaman yang memang tak dapat dilupakan. Ukhwah dengan geng2 Kinabalu ni diteruskan. Semua baik2 belaka.
Terima kasih kepada En Khairre yang banyak amek gambar dan jadi ketua kami untuk trip ni. Terbaik.
Nice storyline beb, kalo aku x mampu kot naik gunung ni, bukit beruang pun surrender cepat hehehe...
ReplyDeletefuh, terbaik sis bace ....terima kasih sis..
Delete