Musim Covid-19 (Perintah Kawalan Pergerakan), Bro bercadang nak menulis blog untuk suka suka. Bro cuba share satu - satu pengalaman bro yang tak seberapa ni.
Bro mula mendaki gunung masa kelab tempat kerja bro buat program mendaki Gunung Datuk. Sedikit infomasi berkenaan Gunung Datuk:
Terletak di Rembau, Negeri Sembilan. Mempunyai ketinggian 884 meter atau 2900 kaki. Untuk naik Gunung Datuk, permit tidak perlu apply awal, bayar kat bawah sahaja. Setakat masa blog ni ditulis, harga seorang RM5 sahaja. Tak payah declare ape2 barang. Naik aje. Setakat pengetahuan bro, rekod naik paling laju 28 minit (sumber kawan2). Tak pasti kebenarannya. Kebiasaannya Gunung Datuk mengambil masa 1 - 2 jam. Tapi ramai je boleh buat bawah sejam. Lebih 2 jam pon ramai jugak boleh buat.😅 Gunung Datuk ni, akan pacak sepanjang trek. Kalau ada rehat mendatar pon, sikit - sikit aje.
Kami dari MMU berkumpul lebih kurang jam 6 pagi. Masa ni aku terlambat, Sis Fujie siap call lagi confirm kan aku pergi ke tidak. Pengarah projek ni Che Ayu, kaunselor MMU. Kami naik dua van MMU. Ada jugak yang naik kereta sendiri. Geng MMU Cyber satu van tak silap. Ini poster promosi ke staf MMU 👇
Tentatif pulak lebih kurang macam ni 👇
5.45 am solat subuh Di MMU
5.50 am Bacaan Doa
6.00 am Bergerak ke Gunung Datuk, Rembau
7.00 am Tiba di Tapak Gunung Datuk dan Senaman pagi dan persiapan fizikal dan mental sebelum mendaki
7.30 am: Mula mendaki
Guider: En Fazli & En Azlan dibantu oleh otai2 gunung team ini.
En Asry Bantu sweeper
En Syariman Bantu En Fazli
10.00 am Tiba di puncak Gunung Datuk, Makan, berehat seketika & bergambar.
11.30 am Semua berkumpul dan mulai turun
2.00 pm Tiba di bawah, bersiap, solat dan berkumpul untuk pulang
2.30 pm Pemberian sijil
2.45 pm Gerak makan Di Kedai daging salai
3.30 pm Pulang
4.30 pm Dijangka Tiba & selamat berehat 😍😍
Guide untuk team MMU En. Fazli dan sweeper pulak En Azlan. Ada pembantu2 lain macam En Asry dan En Syariman. Mereka ni antara hikers yang dah berpengalaman dan mantap2 fitness semua.
Okay, start agak lewat, jam 8 tak silap. Masa mula - mula mendaki, rasa memang penat tapi puas bila sampai atas. Lagi puas bila kita mendaki bersama kawan dan sama - sama susah senang sepanjang pendakian. Masa ni aku naik dengan bro Khairee. Masa secara average lebih kurang 1 jam setengah untuk bro sampai. Ada satu RnR sepanajng trek ni.
Gambar ni antara gambar pertama bro ni. Fuhhh, masa ni hiking bawak beg laptop tu. Ramai jugak yang join time ni, tak silap bro dekat 30 orang. Bayangkan, naik Gunung Datuk dekat 30 orang sekali naik, hari Sabtu, hahahaha. Gunung Datuk ni memang sentiasa ramai orang lagi - lagi weekend.
Kat sini jugak bro mula suarakan keinginkan untuk belajar dekat bro Khairre (Jurulatih Persatuan Seni Silat Pusaka Ustaz Hanafi MMU) bersama Bilal masjid MMU (Abdul Latif). Yela, masa muda2 dulu, xde pulak nak belajar, dah tua2 gini baru datang rase tu. Orang cakap "better late than never" kan. Lagi satu, "the best time to plant a tree is 10 years ago, second best time is now".
Masa turun ada sorang dua yang injured kaki. En Syariman teman. Bro pon teman sama. Merasa jugak la jadi sweeper orang injured kat sini. Ni antara geng - geng MMU yang join program ni.
Habis hiking ni, kami sembahyang dekat hall bawah. Lepas tu bergerak makan daging salai masa on the way balik. Masa ni sempat borak dengan En Azlan, berapa kali dah naik Gunung Datuk ni, beliau jawab tak silap dah 29 kali, mak aih 😂😂😂
Bro guna kasut getah beli kat DIY. Harga nya lebih kurang RM7. Memang grip. pijak batu memang confident. Tapi hujung jari kaki jadi sakit lagi2 mase turun. Satu kuku kaki bro terus hitam sejak tu. Untuk sesiapa yang kaki agak sensitif, boleh elak guna kasut ni, tapi memang mencengkam.
Bawak barang banyak, tapi tak keluar beg pon, rase noob giler. hahaha.
No comments:
Post a Comment