Monday, 6 April 2020

20072019 Gunung Angsi via Bukit Putus

Sekali lagi, bro Khairre ajak naik Gunung Angsi via Bukit Putus. Sedikit info pasal Gunung Angsi.

Ketinggian 824 meter atau 2702 kaki. Gunung ini terletak di Negeri Sembilan juga. Ada dua laluan iaitu melalui Ulu Bendul atau Bukit Putus. Kalau ikutkan, lalu Ulu Bendul, perjalanan lagi jauh. Ikut cakap2 kawan, melalui Ulu Bendul ke puncak, mengambil masa 2 jam ke 3 jam. Manakala yang bro pergi ni, lalu Bukit Putus, ambil masa 1 jam ke 2 jam. Permit seperti Gunung Datuk, tidak perlu tempah awal, boleh beli kat kaki gunung dengan harga RM5. Pada pendapat bro, untuk yang menetap di Melaka kat Negeri Sembilan, Gunung Angsi merupakan gunung beginners yang patut di cuba oleh semua. Untuk melalui Bukit Putus, pacak hanya permulaan sahaja sehingga ke "RnR", kemudian mendatar. Pelari2 ultra boleh jadikan trek ini untuk training kerana memang sesuai untuk berlari dan trek yang agak lebar. Rasenye mereka2 ni, kurang sejam boleh sampai puncak.



Bro sampai dalam lebih kurang jam 730 pagi. Macam biasa, weekend penuh dengan orang, tapi at least ada parking yang luas berbanding dengan Gunung Datuk. Bro berdua saje dengan bro Khairre. Sepanajng trek kami sempat berbual - bual dengan brader2 peramah. Sempat juga kami share plan kami untuk ke Gunung Kinabalu nanti. Banyak juga nasihat kami dapat. Masa ni sempat berkenalan dengan Abang Lokman (nama fb: Lockman Mohd Ali). Dia tengah train budak sebab budak tu nak gi Gunung Kinabalu minggu depan. Dia cakap pagi tadi naik Datuk, ni Angsi, petang nak gi naik bukit pulak. Perghh, memang mantap bukan kaleng2 la kate orang. Power dia ni. Tengok fb biase trip dia mmg gunung2 luar negara je. Dalam negara ni macam tempat dia berlatih je rasenya.

Sampai puncak dalam lebih kurang pukul 930 pagi kot. Banyak berborak dan berhenti. Kami makan beger kami tapau kat RnR. Nasihat bro Khairre, beger kalau nak tapau jangan ada mayonis, cepat basi. Nasib baik beger aku tak basi. Tengah lepak2, Bro Khairre jumpa kawan2 gunung dia. Dorang naik ikut trip gogo. Naik ikut Bukit Putus, RM20 trip nye. Agaknye ni la kot hargenye kalau ikot gogo. Kat sini aku ade amek gambar yang aku jadikan profile fb, lame jugak sebab gambar nye cantik, kahkahkah. Ni la gambarnye 👇


Haa, cantik kan, ni belum pakai kamera2 canggih ni..hahaha. Puncank Angsi ni takde view sangat. Ramai orang pon ye jugak, sebab Angsi ni kire macam tempat training la kirenya. Antara gambar2 bro kat atas ni.





Ni la geng bro Khairre ni. Yang tengah tu panggil V, turun dia berlari, kami kene la follow, tak pasal2 aku trail run mase turun. kahkahkah
Kami turun dalam lebih kurang jam 1030 pagi. Sebab salah sorang geng bro Khairre ni suka lari, kami pon berlari la turun (acah2 trail runner laa). kahkahkah. syok jugak berlari. yang x syoknye aku guna kasut getah DIY, memang sakit hujung jari kaki. Berlari ni tak sampai sejam boleh sampai bawah.

Kalau nak banding, Gunung Angsi ni memang beginner level. Tapi xde la nak cakap senang sangat, tapi cadangan bro sebelum try gunung lain, boleh cuba gunung ni dulu. Kalau okay, xde injured, tak rase penat sangat, boleh up sikit ke Gunung Datuk. Kalau dah boleh buat Gunung Datuk tak penat, pada pendapat bro memang dah boleh try gunung - gunung lain. bak kate Ceqman, kalau boleh naik turun Gunung datuk xde masalah, memang boleh try Gunung Kinabalu.





No comments:

Post a Comment