Ini trip pertama bro join sorang2. Macam biasa, bro memang suka sorang2 buat banyak bende. Bukan sebab tak suka berteman, tapi kalau sorang2 ni ringkas sikit. Sebab bro dah kenal Ceqman, dan nampak dia ada nak buat trip Trans Naning, so bro terus cakap dengan Ceqman nak join. Trip ni harganya RM40. Dapat kuih untuk breakfast.
Sedikit penjelasan berkenaan Trans Naning. Trip ni sebenarnye lanjutan dari Gunung Datuk dan Trans Yamtuan Antah. Bermula dari Gunung Datuk (884m) - Gunung Rembau (884m) - Gunung Gagak (807m) - Puncak 701 (701m) - Puncak 705 (705m) - Gunung Tampin Utara (764m) - Gunung Tampin Selatan (733m). Anggran jarak 18km + lagi 3km lalu jalan tar ke parking kereta di Bukit Tampin. Ceqman letak anggaran masa 15 jam. Ada jugak orang buat Tran Naning Reverse (mula dari Bukit Tampin), katenye senang sikit sebab tak payah menghadap pacak Datuk awal. Setakat harini, bro tak pernah cuba lagi. Ini tentatif perjalan yang Ceqman bagi:
04:00 am Starting point G. Datuk
05:40 am Campsite G.Datuk
( Regroup dan Solat Subuh )
06:30 am Continue
06:50 am Y Junction
07:00 am Gunung Rembau 884m
07:30 am Y Junction
07:35 am Continue
08:00 am Gunung Gagak 807m
( COT 10.30 )
08:20 am Continue
09:30 am Puncak 701
09:50 am Continue
11:00 am Kem Ultra
12:30 pm Continue
12:45 pm River point
01:30 pm CP Potong
( Solat )
02:30 pm Puncak 705
02:30 pm Continue
03:30 pm Gunung Tampin Utara 764m
03:50 pm Continue
04:30 pm Gunung Tampin Selatan 733m
05:00 pm Continue
05:50 pm Bukit Tampin ( jalan tar )
06:30 pm Gerbang Bukit Tampin ( parking )
Ceqman macam biasa, berkampung kat kaki Gunung Datuk dari tengah malam. Dalam pukul 2.30pg, Ceqman dah mesej semua dah, tanya kat mana. Ye la, nak gerak pukul 4, kalau ikutkan, pukul 3 semua dah kene ada sebab nak transfer kete gi Bukit Tampin dulu. Trip ni ada dalam 15 orang ikut. Kebanyakkan mereka ni memang geng (masa ni kenal Ladies Hiker). Sebab bro sorang2, bro lepak dengan sorang brader ni, namenye Sham, sebab dia pon sorang. Mase ni bro baru beli Kasut hiking Hi-Tec dengan beg karrimor 15L. Kire ni nak try guna la, excited dia lain macam.
Tunggu orang lambat, briefing2 sikit, hantar kereta, macam biasa, start lambat (memang jarang sgt kalau hiking start awal atau ontime 😅). 5.30pg baru start hiking ke Gunung Datuk.
Masa ni Ceqman minta bro dgn Sham ke depan. Sham ni lajunye lain macam. hahaha. okay la sampai puncak dan Subuh di puncak. Gelap lagi kat puncak mase ni. Lepas siap sembahyang, bro nak lepak kat puncak, konon2 nak layan view sunrise. hahaha. Macam biasa, Gunung Datuk memang selamanya dihati bro.
![]() |
Dengan Kak Ita masa nak turun |
Masa ni dapat tahu yang ada dua orang geng memang tak pernah naik gunung mana2. Perghh. Tak pernah naik mane2 gunung, terus buat trans, bukan kaleng2 ni. hahaha. Yang sebenarnye akak dua orang ni ingat naik Gunung Datuk je, pastu balik, hahaha..jauh lagi perjalanan ni kak. Lepas Ceqman interview2 sikit, okay, nak teruskan. Fuhh, terbaik semangat ni.
Yang bagus Ceqman ni, memang dia boleh layan semua orang, slow pon xde hal, memang dia sweep ko. Tapi kalau dia nampak ko boleh laju, dia akan mintak ko jadi sweeper, hahaha. So brader sham dan bro jadi sweeper (xde la nak cakap bro laju, tapi sebab nak teman kan si Sham tadi). Kalau trip Ceqman ni, gerak mesti dalam kumpulan, takde yang laju gerak dulu. Jadi pada pendapat bro, untuk ultra runner / padu2, nak set timing semua, mungkin tak sesuai ikot Ceqman. Tapi kalau nak santai, menikmati alam, belajar banyak ilmu hutan, memang sesuai sangat.
Gerak balik dalam pukul 730 - 8 kot. Lewat dah sebenarnye. Masa ni jumpa najis haiwan:
Bro mula2 ingat taik gajah, siap Sham melawak cakap gajah pon boleh hiking, takkan kita tak boleh. hahahaha. tapi masa ni Ceqman cakap kalau taik gajah, bentuk empat segi. Lepas tu jumpa tapak macam kucing tapi besar. Haa...bro dah agak dah apa, tapi orang cakap, dalam hutan jangan sebut nama binatang2 ni, nanti dia datang, jadi sepanjang Datuk ke Rembau, ramai yang senyap je (bro rase mmg semua risau termasuk bro). Sampai satu point, Ceqman tak lead, dia lepak2 kat tengah dengan belakang dan amek gambar. Dia cakap dengan bro, jejak dah hilang, dah tak ikut trek. Lege dengar weh.
Sampai simpang Y, boleh letak beg untuk ke puncak Rembau. Rasa macam tak jauh sangat. Adalah dalam sejam. Dekat puncak Rembau ni la bro kenal gogo padu Jejohn (fb: Johnson Pedro Altamirano Romero). Rupenye dia join trip ni sebab nak hiking dengan Angah. Dorang memang geng. John ni memang gogo / guider / sweeper semua. Tapi trip ni dia jadi line-up. Dia start lewat sebab keje, balik kerja terus hike dan kejar kami kat puncak Rembau. Masa ni bro dah agak dia ni bukan biasa2 ni.
Lepas tu terus ke puncak Gagak. Pon tak berapa jauh, rase dalam sejam lagi. Trans Naning, puncak yang ada view cantik Datuk je, yang lain xde view pon. Bro pon tak pasti macamana dorang decide ini la puncak. Sebab bro nampak macam landai je. Tapi tu la, dorang guna equipment / gps canggih2. hahaha.
![]() |
Ni la Ceqman |
Next puncak 701, Jauh jugak dari puncak Gagak, dalam 2 jam lebih jugak. macam2 flora fauna ade kat sini. Cantik memang cantik. Salah satu sebab bro terpikat dengan aktiviti ni, pokok2, rumput yang kita jumpa kat puncak memang lain sgt dengan yang kita jumpa kat hutan biasa. Bayangkan, kalau camni pon dah rase lain, macamana la kan kalau gunung2 kat negara lain, mesti lagi unik2. kebesaran Allah semua ni.
Dari puncak 701, seterusnya ke kem ultra. Ni campsite. Kalau ada yang nak bermalam, sesuai kat sini sebab ada sungai. Haa, yang ni jauh sikit, dalam lebih kurang 2 jam jalan. Jalannye memang menurun dan curam. Masa ni lutut kiri bro start sakit. Sepanjang jalan terutamanya dari puncak Rembau, bro dah perasan ada banyak pacat. Habis kaki kene ratah dengan pacat. Sampai kem ultra, semua rehat untuk makan tengahari. Bro makan roti je. Lepas tu berendam kat sungai dengan Ceqman. Sungai paras buku lali je, tapi okay la.
Lama jugak lepak kat ultra ni. John dah bising2 dah, sebab dia target nak keluar siang. Tapi tu la, yang bagusnye John ni, sebab dia line-up, jadi dia ikut je. Dalam pukul 3 jugak baru gerak. Start jee gerak, hujan turun. Lebat sangat. Mula2 bro ingt taknak pakai baju hujan, lepas tu terpaksa pakai, memang lebat. Kasut bro pon masuk air dah time ni (kate waterproof 😑). Agak kecewa masa ni. Ye la, ko dah la baru beli kasut waterproof, sat lagi x pon. Tapi lepas tu bro rase air masuk dari atas, bukan dari bawah.
Dah la hujan lebat, pacak dia boleh tahan pulak, dengan pacat lagi, memang mental time ni. Masa ni, akak yang tak pernah hiking mane2 gunung tu dah kat belakang dengan Ceqman. Bro kan sweeper, jadi dok sekali la kat belakang tu. Sebelum sampai puncak 705, ada satu puncak tipu. Kat sini Ceqman tunjuk ada pokok tongkat ali besar. First time bro tengok pokok tongkat ali. Secara jujur, kalau jumpa lagi sekali pon tak kenal. hahaha.
Sampai puncak 705 agak lewat. Masa ni semua kecoh cakap John dah laju ke depan. Dah la hujan lebat, pacak pulak, jadi memang slow la pace nye. Hujan dah slow sikit bro terus bukak baju hujan, bukan ape, panas dah..baju hujan plastik, mmg berpeloh la kat dalam tu.
![]() |
Memang kuyup dah semua |
Next Gunung Tampin Utara. Lebih kuran lejam lebih dari Puncak 705. Masa ni Ceqman minta bro lead. Fuhh, boleh tahan jugak. Masa ni jugak Ceqman ajar bro cara2 tengok pedoman dalam hutan macam tanda2 atau bekas2 tetak kat pokok. Masa ni dah makin gelap, pastu trek pokok buluh dan banyak kene merangkak. Memang cantik dan scary jugak sebenarnye. Bro solat asar kat sini. Orang lain semua boleh jamak.
Lepas dari Tampin Utara ni, bro minta Ceqman lead, gelap dah masa ni. Gerak memang dalam kumpulan, takde berpecah dah time ni. Sampai Tampin Selatan ni tak silap dekat pukul 8 dah.
Masa ni ramai jugak dah mental. Ramai jugak yang bising cakap Ceqman tipu la, hahahaha. Ceqman macam biasa, cool je. Trek dah takde pacak sangat, banyak mendatar. Samapi Bukit Tampin, dia punya happy nye, lain macam. hahahaha..
Dah ada geng Ceqman yang menunggu kat Bukit Tampin. Siap potong buah dengan makan2 sikit. Terbaik rasenye nih. Boleh tahan penat. John rupenye menunggu kitorang kat sini. Dia sampai sini dalam pkl6 ptg. Laju John lari. Kami keluar dalam lebih kurang 9 malam. Banyak juga pacat tengah lepak kat kaki bro. hahaha. Parut pacat ni sampai sekarang ada lagi.
![]() |
Ni geng borak ontrek bro |
Bro tumpang naik 4wD Kak Maria ke bawah. Masa ni bro lepak kat belakang dengan John, Kak Ita, Kak Zuraina, dengan Kak Mistinah.
Pengalam pertama buat trans, fuhh...boleh tahan la...lari habis dari tentatif. 16 jam tuh..sekor pacat ikut balik rumah, nyorok dalam kasut 😁😁
No comments:
Post a Comment