Thursday, 9 April 2020

07092019 GAP GUS Bukit Fraser

Gunung seterusnya bro gi GAP GUS. Kali ni bro join Redah Hikers Adventure (RHA) yang diketuai oleh Abg Mahdi (‎Mahdi K Nerus‎). Sekali lagi bro redah je join sorang2. GAP GUS ni, kalau ikut Abg Mahdi, GAP tu maksudnya Gunung Ampang Pecah and GUS tu maksudnye Gunung Ulu Semangkok. Tinggi gunung GAP 1183 m atau 3881 kaki, manakala GUS pulak 1394 m atau 4573 kaki. Macam tinggi, tapi sebenarnye start lebih kurang dah kat tengah2 Bukit Fraser tu.

Ini tentatif kami dapat dari Abg Mahdi pada awalnya:

6.30am -  Berkumpul pondok tepi entrance Gap Gus
6.45am - sesi warming up 
7.00 am - Start pendakian
9.00 am - Tiba peak Gap
9.30 am - Sambung pendakian ke Ulu semangkuk.
11.30 am - Tiba peak ulu semangkuk
1.00 pm - Mula turun
2.30 pm - Tiba Peak Gap (solat zohor) 
4.00 pm - Tiba di parking

Tapi kemudian decide untuk berkumpul di Restoran Fazlina Maju di Kuala Kubu Baru (KKB) dalam lebih kurang jam 4 pagi, kemudian pergi solat Subuh di Masjid Kuala Kubu Baru. Sebab bro tak confident nak drive ke KKB / Bukit Fraser sorang, bro pon nak tumpang orang. Bro mesej Abg Yan, dia ajak lepak2 minum2 kat Puncak Alam menunggu abg driver Shah. Kami satu kereta lima orang, Abg Yan, Abg Aziz, Amoi, Shah dan aku. Sebab menumpang orang, jadi bro boleh la tidor. Sampai Fazlina Maju, bro betul2 "carbo loading" (hahaha), makan telur separuh masak dan mee goreng ayam. Bro tapau sekali mee goreng ayam untuk lunch kat puncak nanti. 

Lepas tu kami solat dan regroup kat Masjid KKB. Masjid ni besar dan selesa. Toilet pon bersih. Ramai jugak jumpa hikers2 lain di Fazlina Maju dan masjid KKB. Ikut kan kawan2, ni memang tempat berkumpul hikers2 sebelum ke gunung2 di Bukit Fraser ni. Antara yang ada selain GAP GUS ni ialah Pine Tree, Twin Peak, Semangkok, Bukit Kutu (name je bukit, jangan tertipu) dan lain2. Untuk GAP GUS ni, ada satu lagi gunung yang boleh pergi sekali iaitu Gunung Ulu Tranum, tapi kami tak pergi yang ni.

Kami mula lambat dari tentatif, dalam pukul 8 pagi baru mula mendaki. Trek GAP ni pada pendapat bro okay. Lebih kurang beginners jugak. tapi trek nye tak lebar. Pacak pon xde sangat. Layan je. Sebenarnya ni first time bro naik gunung dekat Bukit Fraser. Cuaca nya lain. Pacat memang takde. orang cakap takde pacat sebab sejuk (pacat tak tahan sejuk). Bro ontrek dengan Abg Yan masa ni.

Sampai puncak GAP. Ada view sini. Rasa tak sampai 2 jam pon ke sini dari bawah. Puncaknya pon agak luas. Jadi agak selesa untuk kita lepak2.




Kami di puncak GAP ni untuk regroup shj. Selepas tu, kami ke puncak GUS. Treknya agak sama, tidak terlalu pacak. Jadi pendakian ni boleh dikatakkan pendakian santai. Kurang dua jam kami sampai ke puncak GUS. Puncak ni tak berapa besar. Kami lepak dan lunch bersama-sama. Masa ni semua orang keluarkan makanan yang ditapau. Masing2 tak habis makan. Bro pon tak habis makan, nasib baik ada Abg Yan boleh makan kan 😅.




Patutmya kene naik atas kayu tu amek gambar 😅


Dari kiri, Abg Azim, bro, Abg Yan, dan Shah


Secara jujur, fauna kat sini agak berbeza. mungkin disebabkan keadaan cuaca kat sini. Agak mossy di sepanjang perjalanan. Memang cantik. Seronok hiking di sini. tapi bro dengar ramai yang takde permit dan redah je. Permit sini kene apply awal. Ada orang cakap permit dah tak keluar lagi. Nasihat bro, kalau nak naik gunung atau masuk hutan, baik dapatkan permit. Kita boleh tengok dari dua sudut. Satu kalau apa2 jadi kat kita, kalau ada permit, insurance cover, tapi kalau takde permit insurance taknak cover. Sudut kedua, permit yang kita bayar, jabatan hutan akan gunakan untuk proses pemuliharaan hutan. Jadi kita secara tak langsung menyumbang untuk hutan tu kekal cantik.

Kami sampai bawah dalam pukul 3-4. Agak santai trek nya. Untuk orang2 padu, memang tak berpeluh la bro rasa. 


No comments:

Post a Comment