Setelah beberapa kali postponed, akhirnya trip Reverse Naning berjaya dilaksanakan. Macam biasa, Sifu bro, Abg Azlan settlekan permit. Permit Trans Naning ni sebenarnya permit Gunung Datuk, RM5 per person. Tapi kita direct ke Jabatan Hutan Negeri Sembilan, dan inform balai polis.
Alhamdulillah bro ada rezeki habis kan trip Trans Naning ni tiga kali sebelum trip ni (Pertama : dengan Ceqman, Kedua : dengan Jejohn dan ketiga : dengan orang sama kali ni Abg Azlan dan Kak Yus). Tapi ni pertama kali buat reverse.
![]() |
Elevation untuk Trans Naning |
Untuk trip reverse, kita akan bermula di Bukit Tampin (Tiang 90). Bro datang Gunung Datuk agak awal, dengan En Khairre. dalam jam 3 pagi dah sampai dan tido di dewan terbuka kaki Gunung Datuk. (weekend parking Datuk akan full seawal jam 5 pagi). Bro tido dengan sleeping bag yang dibeli untuk trip tertangguh (Kaingaran Sinsing). Syok tido kaki gunung, sejuk dan segar.
Dalam pkl 5 pagi, abang lan datang dan kejut, ajak kami gerak. Solat kat surau Bukit Tampin, dan kami parking di tengah Bukit Tampin. Jalan lebih kurang 1km untuk ke Tiang 90 dan memulakan pendakian. Semasa berjalan, hujan lebat turun. Fuh. Sejuk. Bro pakai baju hujan plastik yang beli masa pergi Gunung Kinabalu (yes, dah dekat setahun bro x merasa mendaki dalam hujan). Dalam lebih kurang jam 7.20, kami memulakan pendakian. Abg Azlan guide, follow by Kak Yus, En Khairre dan bro sweeper.
Selepas lebih kurang 30 minit, En Khairre menyatakan beliau rasa lain macam dan rasa tidak sedap untuk meneruskan pendakian. Yes, ini pendaki berpengalaman yang tahu baca bahasa badan. Bro respect dengan bro Khairre pasal ni. Bayangkan jika beliau paksa diri, tiba2 sampai separuh jalan, beliau tak larat, macamana nak bawak keluar??? Sebenarnye bro Khairre pnya blood pressure tak berapa cantik sejak kebelakangan ni. Bro teman bro Khairre keluar ke Tiang 90 semula dan bro Khairre turun sendiri (lalu jalan tar dan ramai orang lain juga bersenam naik Bukit Tampin - jadi bro tak berapa risau). Alhamdulillah bro Khairre okay lepas tu (update melalui whastapp).
Kami bertiga meneruskan. Berikut log yang di copy-paste dari FB Abg Azlan:
8.07 am - Mula (Tiang 90, Bukit Tampin)
8.35 am - Gunung Tampin Selatan
8.55 am - Gunung Tampin
9.55 am - Puncak 705
10.50 am - Kem Ultra
12.45 pm - Puncak 701
1.40 pm - Gunung Gagak
2.15 pm - Gunung Rembau
3.00 pm - Gunung Datuk
4.40 pm - End (Parking Kaki Gunung Datuk)
Yang bagus Abg Azlan ni, beliau berpengalaman dalam pendakian dan trekking serta details dalam bab2 masa. Kami skip Puncak Gunung Rembau sebab harap sempat makan di daging salai tetapi sayangnya, hanya angan2.
Kami sampai ke Kem Ultra (rasanya kami orang first sampai haritu) dan kem ni kosong. Wah, jarang2 dapat macamni. Kami duduk tepi sungai kerana mmg susah nak dpt duduk tepi sungai. Kami bersihkan pacat dan rendam kaki (bro kira2 lebih kurang 6 kesan gigitan pacat dan sekor pacat tumpang dalam kasut 😁.
Selepas Kem Ultra ke Puncak 701, kaki bro mula krem. Kebiasaannya, bro ikut petua Jejohn iaitu sehari sebelum pendakian jarak jauh, minum garam ORS. Tapi dah terlambat. Jadi bro teringat tips Ceqman, telan je garam ORS. Kesan daripada telan sahaja lebih cepat berbanding dengan campur dengan air. Masa ni bro tak bgtahu Abg Azlan atau Kak Yus kerana taknak mereka risau atau perlahankan pace mereka. Masa ni bro slow sikit.
Alhamdulillah, krem sedikit demi sekit sehingga 100% hilang di Simpang Y Gunung Rembau. Yes, kami tak ke Puncak Gunung Rembau kerana dah terbayangkan daging salai. Selain itu, kaki Abg Azlan pon dah mula terasa sakit - untuk makluman, kaki Abg Azlan memang injured, dan Dr dah minta beliau berehat dua bulan kot, tapi tu la, sape yang kenal Abg Azlan ni tau la, nak berehat dua hari pon payah, berlari dan mendaki saje. Paling tak pon berbasikal 😂. Sampai Gunung Datuk, sekali lagi kami dikejutkan dengan suasana yang kosong - untuk pengetahuan, hari Sabtu dan Ahad, puncak Gunung Datuk seperti mall, sangat ramai orang. Kami solat Zohor kat sini.
Kami selamat sampai di kaki Gunung Datuk lebih kurang jam 4.40 ptg dengan kekecewaan kerana tahu tidak dapat daging salai. Kami makan cendol Pak Yeh kat bawah, Abg Lan 2 mangkuk cendol, Kak Yus 1 mangkuk, dan bro 1 cendol, 1 abc. Memang layan sebab dah penat.
Mandi dan siap2, bro bawak kereta untuk hantar mereka ke parking Bukit Tampin. Semasa nak keluar dari parking Gunung Datuk, kami terserempak sekali lagi dengan geng trail runner - terserempak mula2 di Kem Ultra. Rupanya mereka berlari dari Tiang 90 ke kaki Gunung Datuk. Power2 dorang ni.
Semasa dalam perjalanan, nampak seperti daging salai masih bukak, tapi sebab dah lewat dan bro dah terima kenyataan tak dapat daging salai, bro teruskan dan tak singgah 😔
Sedikit gambar2: