Tuesday, 13 October 2020

03102020 Pertama kali Half Marathon - Solo Half Marathon

Perkongsian ini bertujuan untuk kenangan bro yang kaki / tangan bangku semua sukan yang berjaya menghabiskan half marathon secara berseorangan.

Punca utama ialah kawan setempat kerja, Baman (atau Syahriman) yang mengiklankan Coros Virtual Half Marathon. Tidak seperti kebanyakkan virtual run lain, virtual run ini tidak mengumpulkan jumlah kilometer sehingga peserta berjaya menghabiskan jumlah larian sejauh 21km dalam masa sehari.

Jika bro buka semula info2 lepas, bro mula menyertai acara larian berbayar ini dengan mendaftar larian "Ini Rumah Kita" pada 15 Dec 2019 semasa sis Fujie ajak. Sebelum itu bro hanya lari di atas treadmill (paling jauh 5km sahaja) dengan kadar kekerapan yang "jarang - jarang" 😂. Larian "Ini Rumah Kita" ini sejauh 7km (fun run). Dalam hidup, pertama kali lari sejauh 7 km, peh...mase ni lebih kurang 50 minit habis (sebab ikut pace Fujie). Sebenarnye sampai KM4, bro dah tak larat nak ikut pace Fujie. Mmg laju Sis Fujie. Tambah lagi lari dalam hujan...fuhh...

Bro drive balik Muar habis lari (sebab family tidur Muar masa ni), lepas tu rasa demam..hahahaha...

Selepas itu bro mula cuba2 berlari lebih2 lagi bila tahu ada lokasi sesuai - Tasik 1 Krubong ynag berdekatan dan sangat sesuai untuk berlari.

Tiba2 PKP terjadi.

Semasa full PKP lebih kurang 2 bulan, memang kurang sangat berlari diatas treadmil. Pernah cuba sekali lari keliling rumah, 1km je dah pening...hahahaha..

Jumlah larian berdasarkan bulan

Bulan July mula berlari lebih2 lagi Nabil ajak masuk Restart Challenge. Kena lari 25km dalam masa 30 hari tak silap, tengah bulan July sampai tengah bulan August.

Ni pencapaian bro untuk Restart

Lepas PKP ditambah pula ajakan Abg Azlan untuk menyertai trip Gunung Sinsing dan Kaingaran di Sabah, bro kembali berlatih dan terjadi la post : berlarilah wahai si botak

Dah lama bro plan untuk buat larian 21km ni atau dikenali sebagai half marathon. Tapi masalah utama ialah kekuatan mental dan fizikal. Rasa mental yang paling utama. Pernah sekali nak ikut kawan2 buat half marathon dekat Tasik 1 Krubong, tapi mental tak kuat, last2 10km ja dah give-up.

Tapi pada 3 Oct 2020, bro memang dah tekad. Nak lari pagi, tapi hujan pulak. Tunggu petang. gerak dari rumah mentua jam 330 ptg. Sampai dekat2 jam 4 ptg. Warm-up dah mula berlari. Bro bawak air "revive" satu botol kecil letak di pinggang guna beg trail run.

Tasik putrajaya di, loop nya 10.5 km. Pada asalnya bro target untuk rehat (jalan kaki) di KM 10, 14, 18. Tapi semasa lari, bro rehat di KM 11, 13, 15, 18 dan 20.5 sampai habis...hahahahahaha...

Mental untuk solo sebab takde kawan yang boleh bagi kita semangat. Bro give-up di KM 15, tapi sebab loop besar, jika give-up pon mmg kene habiskan, jadi nak atau tidak, terpaksa habiskan. Haa...ini cadangan untuk sape2 yang nak buat solo HM atau FM loop besar, kalau boleh tmpt yang xde grab (kahkahkah...main2 ja...bahaya sbb kalau injured, mmg perlukan grab).

Alhamdulillah habis, masa 3 jam 1 minit 35 saat. Zone larian 2 - 3 with average HR 143 bpm dan average pace 8.38 min/km.

Fuh, agak teruk pencapaian ini tetapi bagi bro, ianya satu sejarah. Sebenarnye target boleh buat bawah 3 jam, tapi tulah..habis pon dah bersyukur.

Zone 2 dan 3

Loop tasik putrajaya

Masa 3 jam

Average pace dan average HR

Bila tanya rakan2 pro runner, mungkin bro boleh buat lebih laju berdasarkan average HR. Tapi tu la...sekali lagi, dah habis pon kira bersyukur dah.

Bagaimanapun, bro terima nasihat kawan2 supaya larian jarak jauh tidak sepatutnya dibuat selalu kerana ianya tidak baik untuk jangka masa panjang. Setakat ini, bro hanya berlari sejauh 5km - 10 km sahaja.

Yes, ini pencapaian untuk bro, untuk orang lain, ianya mungkin hanya satu larian sahaja, well, definisi pencapaian itu berbeza bagi setiap individu. Bro bernasib baik dikelilingi oleh rakan2 yang supportive dan positive alhamdulillah (ini satu rezeki yang besar).

Jom, kita berlari untuk sihat dan kuat...

*ayat mak bro masa gi umrah: "kalau arep pergi ni, mesti senang je dia naik Bukit Safa' dan Marwah..", Allah, insaf dengar. InsyaAllah, doakan bro diberi rezeki untuk melawat dan bawak mak ayah melawat sekali lagi Mekkah. Kalau Mak Ayah tak larat nak jalan jauh, doakan bro diberi kekuatan untuk angkat mereka..aminn...insyaAllah.

No comments:

Post a Comment