Monday, 14 December 2020

05122020 Virgin Full Marathon - Kuala Lumpur Standard Chartered Malaysia Virtual Run 2020

Alhamdulillah, bro berjaya buat full marathon (42km).

Rendam ais after habis lari memang nikmat

Semua bermula semasa KLSCM 2020 VR open for registration. Untuk pengetahuan semua, kalau Standard Chartered marathon ni, memang susah nak register sebab cepat full. Bila time covid ni, dia buat virtual run dan unlimited registration, free pulak tu, memang berebut - rebut lah orang register. Well, how they make profit? yang free "registration" je, kalau nak merchandise mcm baju atau medal, kene bayar. Bro amek medal (RM20) tambah postage, another RM20 (fuh, mahal betul postage dia). Baju tak silap RM45 kot. Medal ni pada bro sentimentel value sebab 1st time FM, cewah ๐Ÿ˜

Masa nak register ni, bro memang nak go for marathon. Alang - alang dah ade event, nak buat something bersejarah sikit ๐Ÿ˜… Jadi bro go for full marathon (FM). Mase register ni, bro fikir nak buat sendiri kat tasik 1 Krubong, pusing la 28 kali ๐Ÿ˜† Air pon senang letak tepi sebab loop. Lepas tu bro mesej Shafiq dan ajak dia buat FM ni sekali. Shafiq pulak layan kan. Mesej Nabil, Nabil tak layan pulak, maklum lah, baru dapat baby, susah sikit "lesen" nak lepas ๐Ÿ˜…

Lepas tu baru inform dekat teamsepakdaun. Mase ni sifu Abg Azlan dah register half marathon (21km). Ade beberape jgk yg dah register tapi xde yang amek FM lagi. Masa ni juga Abg Azlan ada cadangkan untuk teamsepakdaun jadi support utk bro dan Shafiq - fuh, terharu beb.

Sebelum hari kejadian, mcm2 la plan tak jadi, ade ckp nak buat kat sini la, sane la, tapi at the end, kami teruskan dgn plan asal, di tasik 1 Krubong. Ada beberapa tips Abg Azlan share:

1. Sapu vaseline untuk elak melecet.
2. Minum garam ors pagi sebelum nak buat marathon untuk elak cramp.
3. Banyak rehat cukup tido.
4. Lepas KM ke 30, akan terase seksa.
5. Lari atas jalan tar better compare to simen.
6. Lepas KM30, lari loop kecil dan target untuk sampai water point - kita akan push diri
7. Lepas KM21, start kire berapa KM lagi nak habis instead of dah KM ke berapa - sebab jumlah KM akan jadi makin kecil.

Pasal melecet tu, memang masa bro buat HM sensorang (support by Kak Yus) kat tasik 1 Krubong, melecet celah peha, mungkin sebab pakai boxer keras dan seluar jogging yg agak loose. HM ni juga salah satu persediaan bro utk FM. Antara lain, bro consistent lari setiap hari dengan pace perlahan sejauh lebih kurang 6 - 8km.

Jadi untuk pemakaian, bro pakai seluar fit (seluar 3/4 Al-Ehsan) dgn boxer lembut. Baju guna yg beli kat decalthon (murah je, RM15). Bro decide untuk tidak guna kasut baru sebab kaki masih belum adapt lagi kasut tu, jadi gune kasut lama ASIC GT1000 - mase lari ni, KM kasut dah 650 lebih. Okay, lagu penting untuk larian jarak jauh. Bro guna Aftershockz Xtrainer (lagu Justin Bierber mcm biase...kah...). Selain tu jam Garmin Instinct. 

loop besar tu

Okay, larian bermula.

5hb Disember 2020, jam 830 malam, lepas solat Isyak, bro dah bersedia dan gerak ke tasik. Mesej Shafiq, rupanya, dia dah sampai, lagi semangat dia nih. Masa tu, ada beberapa geng runner dari MRC. Bro ajak Shafiq start dulu sebab kami memang nak buat dengan pace perlahan 8 atau 9 atau 10 - asalkan habis. Target sebelum suboh boleh habis. Jam 8.59pm kami mula lari.  Kami mulakan dengan loop besar, dari pondok sebelah tandas tasik 1 Krubong, kami lari ke arah luar jalan besar - masuk kiri depan kedai sampai hujung, dan pusing belakang kedai, kemudian, teruskan larian sehingga jalan besar, dan masuk semula tasik, buat satu loop keliling tasik. Kalau ikut jam bro, dapat la lebih kurang 7km lebih. okay la tu. Loop pertama pusing, sampai semula ke tasik, tengok ramai betul orang, semua cuba lari untuk event yang sama dengan jarak yang berbeza beza. Meriah sungguh. Standard Chartered berjaya menyatukan orang ramai. Walaupun risau time covid, tapi alhamdulillah, tiada kluster KLSCM 2020 VR lagi setakat hari bro menulis ni.

Loop pertama, masih lagi kuat. Berhenti kejap lebih kurang KM 10. Minum air dan makan roti. Masa ni dah jumpa semua teamsepakdauh termasuk Kekna dan Kak Herni. Memang meriah lah. Kak Yus dan Abg Lan tak lari lagi time ni. Diorang lepak2 dulu. Kami teruskan sampai KM 21. Berhenti lama sikit sebab Kak Yus keluarkan spegethi carbonara ๐Ÿ˜‹ Lame jugak berhenti ni.

Tengah makan

Lepas KM21 ni, Abg Lan mula lari dengan kami. Kembali loop besar. dan seterusnya loop kecil. Mase ni, Bro Zahid pon ada jugak lari dengan bro masa Abg Lan rehat. KM 38 x silap, penat, jadi jalan kaki ditemani Fujie dan Shafiq. Lepas tu teruskan larian. Lepas KM30, memang setiap 3km bro berhenti minum air.

Jalan kaki satu loop

Alhamdulillah, lebih kurang jam 4.22am, larian tamat (target tercapai - habis sebelum solat subuh). Lege sungguh rasanya. Masa ni kaki memang dah terase sakit2..hahaha.

Terima kasih tidak terhingga:

1. Abg Azlan - teman sampai habis
2. Kak Yus - teman sampai habis
3. Shafiq - teman sampai habis
4. Fujie - teman sampai habis
5. En. Khairre - bawak ais dan banyak air
6. Abg Jo, Kekna, Kak Herni, Nadia, dan semua kanak2 yang memeriahkan suasana.
*cadangan nak buat weekly event sebab memang seronok ramai2 nih


dari kiri: Abg Azlan, En Khairre, Kak Yus, Fujie, Shafiq, Abg Jo dan bro ๐Ÿ˜Ž


Yang dalam bulatan tu time berhenti sebab tak pause jam, tapi mase makan pause jugak.

Secara jujurnye, bro rasa masih boleh lagi berlari selepas 43km tu (ya bro buat lebih 1km to be safe). dan alhamdulillah, tiada injury ape2 termasuk melecet. Mungkin next target is ultra run kan, mane tahu. Hahahahaha.

Tapi dua hari rest day after that dan jalan kengkang ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†


Thursday, 19 November 2020

07112020 Gunung Bekok

Macam biasa, sifu teamsepakdaun, Abg Azlan initiate untuk kami join trip ke Gunung Bekok. Bro tak pernah dengar nama gunung ni pada asalnya, tapi katanya ada di Segamat Johor. Gunung yang paling popular di Johor Gunung Ledang, xde pulak dengar nama gunung ni. Dah la bro pernah study 3 tahun kat UiTM Segamat dulu. Tapi tu la, zaman tu memang aktiviti lasak dan sukan tak masuk dalam list (maklumlah, kaki/tangan bangku sukan๐Ÿ˜…). Yang masuk dalam list main game dota je la..hahahaha.

Bila nak study pasal Gunung Bekok ni pon, tak banyak info yang boleh di google. Anyway, sedikit maklumat, ketinggian gunung ni 935m, terletak di Labis, Segamat. Starting point nya di Hutan Eko Rimba Sungai Batang. Mengikut gogo, 8km dari starting point hingga ke puncak. Kami pergi mengikuti MMOUTDOOR (gogo Mus). Pada asalnya trip ni ialah trip Johor Mountain Day dibawah Persatuan Malim Gunung Johor. Tapi di batalkan disebabkan Covid-19. Bagaimanapun gogo kami ni, meneruskan juga kerana ramai yang dari jauh dah ambil cuti dan sebagainya. Setiap peserta perlu membuat perakuan mengikut garis panduan MKN seperti declaration yang peserta bukan dari golongan berisiko tinggi.

Beberapa hari sebelum trip, Abg Azlan bertanya samada perlu diteruskan atau tidak, mungkin Abg Azlan risau ada di antara kami yang tidak mahu meneruskan kerana risiko Covid-19 seperti trip Kaingaran + Sinsing. Tapi bro berpendapat berbeza kali ni. Trip ni singkat, tak perlu tidur dan tak perlu berhadapan dengan pelbagai orang (walaupun mase hiking mungkin ada, tp boleh diminimumkan). Jika Kaingaran Sinsing di Sabah, perlu gi KLIA, transport, tidur sana dan sebagainya. Jadi kali ini bro memang tiada masalah. Rasanya seperti trip Twin Peak dan Pine Tree di mana kelab cancel dan kami teruskan.

Kami berkumpul di parking masjid MITC dalam jam 4am. Rancangan asal naik kereta Exora Abg Azlan tapi cancel, jadi, naik Grand Livina Kak Yus. Trip kali ni, geng biasa kami, kecuali En Fazli tak join kerana masalah slip disc. Rase macam ade kekurangan pulak sebab biasa bro jalan dgn En Fazli. Abg Azlan drive, around 1 jam 30 minit kami sampai masjid Labis (need for speed ๐Ÿ˜‚). Solat suboh dan terus ke starting point. Jadi geng biasa kami:

1. Abg Azlan
2. Kak Yus
3. En. Khairre
4. Dik Ayu
5. Bro - Dak Arep

Sampai starting point dalam jam 7am, tak ramai lagi, kami perlu mendaftar dan ambil suhu. pihak penganjur sediakan nasi lemak untuk kami sarapan. Memang terbaik. Tapi bro tak makan banyak, maklum lah, pagi kalau makan byk risiko perut memulas tu tinggi.

Ada dua kumpulan yang akan mendaki pada hari yang sama, kami mula mendaki jam 8.45am. Agak lewat dan buang masa sebenarnye. Jika tahu, kami boleh bergerak dari Melaka jam 6am atau lepas suboh. Ngntuk tu...hahah...nasib baik Abg Azlan drive, boleh tido...hahahaha.. Kelewatan adalah disebabkan membenarkan group pertama jalan dahulu kerana risau terlalu penuh sehingga tidak dapat dikawal SOP. Ada 5 orang guide tak silap, termasuk gogo kami yang akan lead.

Sedikit gambar sekitar pendaftaran dan briefing.



Ni gambar team kami






Pendaftaran

Mula mendakai jam 8.45am. Trek awal ialah jalan sebelah Sungai. Lebih kurang 2km. Agak landai. banyak batu sungai dan ada beberapa tempat yang agak licin. Ada dua sungai yang perlu dilintas. Kemungkinan kasut basah adalah sangat tinggi. Dinasihatkan buka kasut unless boleh lompat. Tapi bahaya sebab batu licin. Kat sini bro dah target tempat2 untuk mandi mase turun nanti, hahahaha. Sampai di check point 1 (CP1) di sungai ni. Guide cakap boleh terjun tiruk sebab dalam sini. Rase lebih kurang sejam jalan.

CP1

Kami teruskan lagi perjalanan ke CP2. Di sini sudah agak pacak, tetapi pada bro masih okay lagi. Tidak lah terlalu killer. Seumpama Kem Ultra ke puncak 701 / 705. Agak jauh perjalanan. Lebih kurang 2.5 jam  - 3 jam dan mungkin lebih kurang 4 - 5km. Sampai di CP2, kami berehat untuk regroup. Agak lama juga kami berehat, anggaran dekat 30 minit berehat. Penat berehat jadinya ๐Ÿ˜…

CP2

Dari CP2 ke puncak (CP3) tak berapa jauh. Sekitar 1.5 jam dan 1- 2km. Kali ni trek turun naik. Sekejap naik sekejap turun. Hahaha. Pada bro, trek dari CP2 ke puncak ni agak sempit dan semak berbanding yang lain yang agak selesa dan luas.

Akhirnya kami sampai puncak sekitar jam 1.45pm (jumlah jam pendakian 5 jam - banyak berhenti). Di puncak tiada view, tetapi mengikut gogo, mereka akan clearkan beberapa pokok untuk membolehkan 'view' kelihatan. Ini juga antara usaha mereka untuk mem'popular'kan gunung ini. Kami berehat sebentar dan makan.

Puncak Gunung Bekok

teamsepakdaun

Kami mula turun ham 2.45pm. Masa ni, Mus benarkan kami jalan sendiri. Fuh, apa lagi. Laju je la teamsepakdaun terutamanya Kak Yus. Hahaha. Laju sebab nak mandi sungai. Bro tertinggal sebab berborak dengan Mus. Bro cuba kejar team, masa ni nampak Abg Azlan (berpengalaman) sekali sekali memanggil nama bro untuk pastikan bro ada. Banyak bende yang kene belajar dengan Abg Azlan ni. Semoga Abg Azlan ajak bro join trip lagi lepas ni ๐Ÿ˜

Bila dah jumpa group, bro berjalan dengan Kak Yus. Abg Azlan suro kami laju dulu dan tunggu di CP2. Memang semasa turun, tidak terasa kerana banyak kebawah. kami tunggu team kami di CP2. Lepas semua sampai, kami teruskan. Kali ni bro berjalan dengan Ayu dan Abg Azlan dengan En Khairre. Kak Yus pula laju dgn seorang brader - sebenarnye Kak Yus ingat bro yang kat belakang dia, jadi dia pon laju la sebab rase bro seperti cucuk angin. hahahaha. 

Sampai di sungai, Kak Yus dah lama berehat. haha. Bro terus letak beg dan nak terjun sungai, tetapi ranger cakap mandi di sungai lagi satu. Fuh, xpe...bro sarung beg balik. Bro xde gambar kat sungai yg tak sempat mandi ni, tapi banyak ikan2 kecik.

Akhirnya lebih kurang jam 4.15pm kami tiba di sungai hijau (xpasti la, tp ranger panggil ada bunyi hijau ๐Ÿ˜…). Apalagi, terjun tiruk la....syok giler, lame sungguh tak mandi sungai. Memang balas dendam mandi sungai la kate.....






Agak puas mandi kat sini. Dekat sejam jugaklah. Dalam 5.10 pm kami gerak. Sampai starting point dalam jam 5.30 pm. Ada kopi dan mee. Terbaik organizer. 

Gunung Bekok ni pada bro agak seronok dengan trek dan sungainya. Sesuai untuk beginner yang nak cuba trip yang jarak agak jauh. 8km x 2 lebih kurang 16 km. Sangat sesuai untuk day trip. Pacat hanya sampai CP1. Lepas tu sangat2 kurang pacat.

Trip yang enjoy.

Mase turun agak singkat

Dari pucak lupa nak 'resume' ๐Ÿ˜‘



Wednesday, 14 October 2020

11102020 Reverse Trans Naning

Setelah beberapa kali postponed, akhirnya trip Reverse Naning berjaya dilaksanakan. Macam biasa, Sifu bro, Abg Azlan settlekan permit. Permit Trans Naning ni sebenarnya permit Gunung Datuk, RM5 per person. Tapi kita direct ke Jabatan Hutan Negeri Sembilan, dan inform balai polis.

Alhamdulillah bro ada rezeki habis kan trip Trans Naning ni tiga kali sebelum trip ni (Pertama : dengan Ceqman, Kedua : dengan Jejohn dan ketiga : dengan orang sama kali ni Abg Azlan dan Kak Yus). Tapi ni pertama kali buat reverse.

Elevation untuk Trans Naning

Untuk trip reverse, kita akan bermula di Bukit Tampin (Tiang 90). Bro datang Gunung Datuk agak awal, dengan En Khairre. dalam jam 3 pagi dah sampai dan tido di dewan terbuka kaki Gunung Datuk. (weekend parking Datuk akan full seawal jam 5 pagi). Bro tido dengan sleeping bag yang dibeli untuk trip tertangguh (Kaingaran Sinsing). Syok tido kaki gunung, sejuk dan segar.

Dalam pkl 5 pagi, abang lan datang dan kejut, ajak kami gerak. Solat kat surau Bukit Tampin, dan kami parking di tengah Bukit Tampin. Jalan lebih kurang 1km untuk ke Tiang 90 dan memulakan pendakian. Semasa berjalan, hujan lebat turun. Fuh. Sejuk. Bro pakai baju hujan plastik yang beli masa pergi Gunung Kinabalu (yes, dah dekat setahun bro x merasa mendaki dalam hujan). Dalam lebih kurang jam 7.20, kami memulakan pendakian. Abg Azlan guide, follow by Kak Yus, En Khairre dan bro sweeper.

Selepas lebih kurang 30 minit, En Khairre menyatakan beliau rasa lain macam dan rasa tidak sedap untuk meneruskan pendakian. Yes, ini pendaki berpengalaman yang tahu baca bahasa badan. Bro respect dengan bro Khairre pasal ni. Bayangkan jika beliau paksa diri, tiba2 sampai separuh jalan, beliau tak larat, macamana nak bawak keluar??? Sebenarnye bro Khairre pnya blood pressure tak berapa cantik sejak kebelakangan ni. Bro teman bro Khairre keluar ke Tiang 90 semula dan bro Khairre turun sendiri (lalu jalan tar dan ramai orang lain juga bersenam naik Bukit Tampin - jadi bro tak berapa risau). Alhamdulillah bro Khairre okay lepas tu (update melalui whastapp).

Kami bertiga meneruskan. Berikut log yang di copy-paste dari FB Abg Azlan:

8.07 am - Mula (Tiang 90, Bukit Tampin)
8.35 am - Gunung Tampin Selatan
8.55 am - Gunung Tampin
9.55 am - Puncak 705
10.50 am - Kem Ultra
12.45 pm - Puncak 701
1.40 pm - Gunung Gagak
2.15 pm - Gunung Rembau
3.00 pm - Gunung Datuk
4.40 pm - End (Parking Kaki Gunung Datuk)

Yang bagus Abg Azlan ni, beliau berpengalaman dalam pendakian dan trekking serta details dalam bab2 masa. Kami skip Puncak Gunung Rembau sebab harap sempat makan di daging salai tetapi sayangnya, hanya angan2.

Kami sampai ke Kem Ultra (rasanya kami orang first sampai haritu) dan kem ni kosong. Wah, jarang2 dapat macamni. Kami duduk tepi sungai kerana mmg susah nak dpt duduk tepi sungai. Kami bersihkan pacat dan rendam kaki (bro kira2 lebih kurang 6 kesan gigitan pacat dan sekor pacat tumpang dalam kasut ๐Ÿ˜.

Selepas Kem Ultra ke Puncak 701, kaki bro mula krem. Kebiasaannya, bro ikut petua Jejohn iaitu sehari sebelum pendakian jarak jauh, minum garam ORS. Tapi dah terlambat. Jadi bro teringat tips Ceqman, telan je garam ORS. Kesan daripada telan sahaja lebih cepat berbanding dengan campur dengan air. Masa ni bro tak bgtahu Abg Azlan atau Kak Yus kerana taknak mereka risau atau perlahankan pace mereka. Masa ni bro slow sikit. 

Alhamdulillah, krem sedikit demi sekit sehingga 100% hilang di Simpang Y Gunung Rembau. Yes, kami tak ke Puncak Gunung Rembau kerana dah terbayangkan daging salai. Selain itu, kaki Abg Azlan pon dah mula terasa sakit - untuk makluman, kaki Abg Azlan memang injured, dan Dr dah minta beliau berehat dua bulan kot, tapi tu la, sape yang kenal Abg Azlan ni tau la, nak berehat dua hari pon payah, berlari dan mendaki saje. Paling tak pon berbasikal ๐Ÿ˜‚. Sampai Gunung Datuk, sekali lagi kami dikejutkan dengan suasana yang kosong - untuk pengetahuan, hari Sabtu dan Ahad, puncak Gunung Datuk seperti mall, sangat ramai orang. Kami solat Zohor kat sini.

Kami selamat sampai di kaki Gunung Datuk lebih kurang jam 4.40 ptg dengan kekecewaan kerana tahu tidak dapat daging salai. Kami makan cendol Pak Yeh kat bawah, Abg Lan 2 mangkuk cendol, Kak Yus 1 mangkuk, dan bro 1 cendol, 1 abc. Memang layan sebab dah penat.

Mandi dan siap2, bro bawak kereta untuk hantar mereka ke parking Bukit Tampin. Semasa nak keluar dari parking Gunung Datuk, kami terserempak sekali lagi dengan geng trail runner - terserempak mula2 di Kem Ultra. Rupanya mereka berlari dari Tiang 90 ke kaki Gunung Datuk. Power2 dorang ni.

Semasa dalam perjalanan, nampak seperti daging salai masih bukak, tapi sebab dah lewat dan bro dah terima kenyataan tak dapat daging salai, bro teruskan dan tak singgah ๐Ÿ˜”

Sedikit gambar2: