Monday, 14 December 2020

05122020 Virgin Full Marathon - Kuala Lumpur Standard Chartered Malaysia Virtual Run 2020

Alhamdulillah, bro berjaya buat full marathon (42km).

Rendam ais after habis lari memang nikmat

Semua bermula semasa KLSCM 2020 VR open for registration. Untuk pengetahuan semua, kalau Standard Chartered marathon ni, memang susah nak register sebab cepat full. Bila time covid ni, dia buat virtual run dan unlimited registration, free pulak tu, memang berebut - rebut lah orang register. Well, how they make profit? yang free "registration" je, kalau nak merchandise mcm baju atau medal, kene bayar. Bro amek medal (RM20) tambah postage, another RM20 (fuh, mahal betul postage dia). Baju tak silap RM45 kot. Medal ni pada bro sentimentel value sebab 1st time FM, cewah 😁

Masa nak register ni, bro memang nak go for marathon. Alang - alang dah ade event, nak buat something bersejarah sikit 😅 Jadi bro go for full marathon (FM). Mase register ni, bro fikir nak buat sendiri kat tasik 1 Krubong, pusing la 28 kali 😆 Air pon senang letak tepi sebab loop. Lepas tu bro mesej Shafiq dan ajak dia buat FM ni sekali. Shafiq pulak layan kan. Mesej Nabil, Nabil tak layan pulak, maklum lah, baru dapat baby, susah sikit "lesen" nak lepas 😅

Lepas tu baru inform dekat teamsepakdaun. Mase ni sifu Abg Azlan dah register half marathon (21km). Ade beberape jgk yg dah register tapi xde yang amek FM lagi. Masa ni juga Abg Azlan ada cadangkan untuk teamsepakdaun jadi support utk bro dan Shafiq - fuh, terharu beb.

Sebelum hari kejadian, mcm2 la plan tak jadi, ade ckp nak buat kat sini la, sane la, tapi at the end, kami teruskan dgn plan asal, di tasik 1 Krubong. Ada beberapa tips Abg Azlan share:

1. Sapu vaseline untuk elak melecet.
2. Minum garam ors pagi sebelum nak buat marathon untuk elak cramp.
3. Banyak rehat cukup tido.
4. Lepas KM ke 30, akan terase seksa.
5. Lari atas jalan tar better compare to simen.
6. Lepas KM30, lari loop kecil dan target untuk sampai water point - kita akan push diri
7. Lepas KM21, start kire berapa KM lagi nak habis instead of dah KM ke berapa - sebab jumlah KM akan jadi makin kecil.

Pasal melecet tu, memang masa bro buat HM sensorang (support by Kak Yus) kat tasik 1 Krubong, melecet celah peha, mungkin sebab pakai boxer keras dan seluar jogging yg agak loose. HM ni juga salah satu persediaan bro utk FM. Antara lain, bro consistent lari setiap hari dengan pace perlahan sejauh lebih kurang 6 - 8km.

Jadi untuk pemakaian, bro pakai seluar fit (seluar 3/4 Al-Ehsan) dgn boxer lembut. Baju guna yg beli kat decalthon (murah je, RM15). Bro decide untuk tidak guna kasut baru sebab kaki masih belum adapt lagi kasut tu, jadi gune kasut lama ASIC GT1000 - mase lari ni, KM kasut dah 650 lebih. Okay, lagu penting untuk larian jarak jauh. Bro guna Aftershockz Xtrainer (lagu Justin Bierber mcm biase...kah...). Selain tu jam Garmin Instinct. 

loop besar tu

Okay, larian bermula.

5hb Disember 2020, jam 830 malam, lepas solat Isyak, bro dah bersedia dan gerak ke tasik. Mesej Shafiq, rupanya, dia dah sampai, lagi semangat dia nih. Masa tu, ada beberapa geng runner dari MRC. Bro ajak Shafiq start dulu sebab kami memang nak buat dengan pace perlahan 8 atau 9 atau 10 - asalkan habis. Target sebelum suboh boleh habis. Jam 8.59pm kami mula lari.  Kami mulakan dengan loop besar, dari pondok sebelah tandas tasik 1 Krubong, kami lari ke arah luar jalan besar - masuk kiri depan kedai sampai hujung, dan pusing belakang kedai, kemudian, teruskan larian sehingga jalan besar, dan masuk semula tasik, buat satu loop keliling tasik. Kalau ikut jam bro, dapat la lebih kurang 7km lebih. okay la tu. Loop pertama pusing, sampai semula ke tasik, tengok ramai betul orang, semua cuba lari untuk event yang sama dengan jarak yang berbeza beza. Meriah sungguh. Standard Chartered berjaya menyatukan orang ramai. Walaupun risau time covid, tapi alhamdulillah, tiada kluster KLSCM 2020 VR lagi setakat hari bro menulis ni.

Loop pertama, masih lagi kuat. Berhenti kejap lebih kurang KM 10. Minum air dan makan roti. Masa ni dah jumpa semua teamsepakdauh termasuk Kekna dan Kak Herni. Memang meriah lah. Kak Yus dan Abg Lan tak lari lagi time ni. Diorang lepak2 dulu. Kami teruskan sampai KM 21. Berhenti lama sikit sebab Kak Yus keluarkan spegethi carbonara 😋 Lame jugak berhenti ni.

Tengah makan

Lepas KM21 ni, Abg Lan mula lari dengan kami. Kembali loop besar. dan seterusnya loop kecil. Mase ni, Bro Zahid pon ada jugak lari dengan bro masa Abg Lan rehat. KM 38 x silap, penat, jadi jalan kaki ditemani Fujie dan Shafiq. Lepas tu teruskan larian. Lepas KM30, memang setiap 3km bro berhenti minum air.

Jalan kaki satu loop

Alhamdulillah, lebih kurang jam 4.22am, larian tamat (target tercapai - habis sebelum solat subuh). Lege sungguh rasanya. Masa ni kaki memang dah terase sakit2..hahaha.

Terima kasih tidak terhingga:

1. Abg Azlan - teman sampai habis
2. Kak Yus - teman sampai habis
3. Shafiq - teman sampai habis
4. Fujie - teman sampai habis
5. En. Khairre - bawak ais dan banyak air
6. Abg Jo, Kekna, Kak Herni, Nadia, dan semua kanak2 yang memeriahkan suasana.
*cadangan nak buat weekly event sebab memang seronok ramai2 nih


dari kiri: Abg Azlan, En Khairre, Kak Yus, Fujie, Shafiq, Abg Jo dan bro 😎


Yang dalam bulatan tu time berhenti sebab tak pause jam, tapi mase makan pause jugak.

Secara jujurnye, bro rasa masih boleh lagi berlari selepas 43km tu (ya bro buat lebih 1km to be safe). dan alhamdulillah, tiada injury ape2 termasuk melecet. Mungkin next target is ultra run kan, mane tahu. Hahahahaha.

Tapi dua hari rest day after that dan jalan kengkang 😆😆😆


No comments:

Post a Comment