Macam biasa, sifu teamsepakdaun, Abg Azlan initiate untuk kami join trip ke Gunung Bekok. Bro tak pernah dengar nama gunung ni pada asalnya, tapi katanya ada di Segamat Johor. Gunung yang paling popular di Johor Gunung Ledang, xde pulak dengar nama gunung ni. Dah la bro pernah study 3 tahun kat UiTM Segamat dulu. Tapi tu la, zaman tu memang aktiviti lasak dan sukan tak masuk dalam list (maklumlah, kaki/tangan bangku sukanπ ). Yang masuk dalam list main game dota je la..hahahaha.
Bila nak study pasal Gunung Bekok ni pon, tak banyak info yang boleh di google. Anyway, sedikit maklumat, ketinggian gunung ni 935m, terletak di Labis, Segamat. Starting point nya di Hutan Eko Rimba Sungai Batang. Mengikut gogo, 8km dari starting point hingga ke puncak. Kami pergi mengikuti MMOUTDOOR (gogo Mus). Pada asalnya trip ni ialah trip Johor Mountain Day dibawah Persatuan Malim Gunung Johor. Tapi di batalkan disebabkan Covid-19. Bagaimanapun gogo kami ni, meneruskan juga kerana ramai yang dari jauh dah ambil cuti dan sebagainya. Setiap peserta perlu membuat perakuan mengikut garis panduan MKN seperti declaration yang peserta bukan dari golongan berisiko tinggi.
Beberapa hari sebelum trip, Abg Azlan bertanya samada perlu diteruskan atau tidak, mungkin Abg Azlan risau ada di antara kami yang tidak mahu meneruskan kerana risiko Covid-19 seperti trip Kaingaran + Sinsing. Tapi bro berpendapat berbeza kali ni. Trip ni singkat, tak perlu tidur dan tak perlu berhadapan dengan pelbagai orang (walaupun mase hiking mungkin ada, tp boleh diminimumkan). Jika Kaingaran Sinsing di Sabah, perlu gi KLIA, transport, tidur sana dan sebagainya. Jadi kali ini bro memang tiada masalah. Rasanya seperti trip Twin Peak dan Pine Tree di mana kelab cancel dan kami teruskan.
Kami berkumpul di parking masjid MITC dalam jam 4am. Rancangan asal naik kereta Exora Abg Azlan tapi cancel, jadi, naik Grand Livina Kak Yus. Trip kali ni, geng biasa kami, kecuali En Fazli tak join kerana masalah slip disc. Rase macam ade kekurangan pulak sebab biasa bro jalan dgn En Fazli. Abg Azlan drive, around 1 jam 30 minit kami sampai masjid Labis (need for speed π). Solat suboh dan terus ke starting point. Jadi geng biasa kami:
2. Kak Yus
3. En. Khairre
4. Dik Ayu
5. Bro - Dak Arep
Sampai starting point dalam jam 7am, tak ramai lagi, kami perlu mendaftar dan ambil suhu. pihak penganjur sediakan nasi lemak untuk kami sarapan. Memang terbaik. Tapi bro tak makan banyak, maklum lah, pagi kalau makan byk risiko perut memulas tu tinggi.
Ada dua kumpulan yang akan mendaki pada hari yang sama, kami mula mendaki jam 8.45am. Agak lewat dan buang masa sebenarnye. Jika tahu, kami boleh bergerak dari Melaka jam 6am atau lepas suboh. Ngntuk tu...hahah...nasib baik Abg Azlan drive, boleh tido...hahahaha.. Kelewatan adalah disebabkan membenarkan group pertama jalan dahulu kerana risau terlalu penuh sehingga tidak dapat dikawal SOP. Ada 5 orang guide tak silap, termasuk gogo kami yang akan lead.
Sedikit gambar sekitar pendaftaran dan briefing.
![]() |
Pendaftaran |
Mula mendakai jam 8.45am. Trek awal ialah jalan sebelah Sungai. Lebih kurang 2km. Agak landai. banyak batu sungai dan ada beberapa tempat yang agak licin. Ada dua sungai yang perlu dilintas. Kemungkinan kasut basah adalah sangat tinggi. Dinasihatkan buka kasut unless boleh lompat. Tapi bahaya sebab batu licin. Kat sini bro dah target tempat2 untuk mandi mase turun nanti, hahahaha. Sampai di check point 1 (CP1) di sungai ni. Guide cakap boleh terjun tiruk sebab dalam sini. Rase lebih kurang sejam jalan.
![]() |
CP1 |
![]() |
CP2 |
![]() |
Puncak Gunung Bekok |
![]() |
teamsepakdaun |
Kami mula turun ham 2.45pm. Masa ni, Mus benarkan kami jalan sendiri. Fuh, apa lagi. Laju je la teamsepakdaun terutamanya Kak Yus. Hahaha. Laju sebab nak mandi sungai. Bro tertinggal sebab berborak dengan Mus. Bro cuba kejar team, masa ni nampak Abg Azlan (berpengalaman) sekali sekali memanggil nama bro untuk pastikan bro ada. Banyak bende yang kene belajar dengan Abg Azlan ni. Semoga Abg Azlan ajak bro join trip lagi lepas ni π
Bila dah jumpa group, bro berjalan dengan Kak Yus. Abg Azlan suro kami laju dulu dan tunggu di CP2. Memang semasa turun, tidak terasa kerana banyak kebawah. kami tunggu team kami di CP2. Lepas semua sampai, kami teruskan. Kali ni bro berjalan dengan Ayu dan Abg Azlan dengan En Khairre. Kak Yus pula laju dgn seorang brader - sebenarnye Kak Yus ingat bro yang kat belakang dia, jadi dia pon laju la sebab rase bro seperti cucuk angin. hahahaha.
Sampai di sungai, Kak Yus dah lama berehat. haha. Bro terus letak beg dan nak terjun sungai, tetapi ranger cakap mandi di sungai lagi satu. Fuh, xpe...bro sarung beg balik. Bro xde gambar kat sungai yg tak sempat mandi ni, tapi banyak ikan2 kecik.
Akhirnya lebih kurang jam 4.15pm kami tiba di sungai hijau (xpasti la, tp ranger panggil ada bunyi hijau π ). Apalagi, terjun tiruk la....syok giler, lame sungguh tak mandi sungai. Memang balas dendam mandi sungai la kate.....
![]() |
Mase turun agak singkat |
![]() |
Dari pucak lupa nak 'resume' π |
![]() |
No comments:
Post a Comment