Alhamdulillah. Post kali ni bro nak kongsi pasal marathon virtual yang bro join tahun kedua. Tahun lepas, sebab event ni la, bro buat larian marathon pertama. Sejak tu, hanya sekali sahaja bro lari KM marathon iaitu Garmin Enduro (50km).
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhE5seA3M1sVLAU5bzaDUOMHKlCJYsT1-wsNA_Ws7aezLpqgg3M7ej1cd6atyj_mAf14wqsgeAZ38ieE3V7K94WTCisoWpVq2Vm8biClf0CQnOxwi_4jlLjINan_60ck8MgX1ZgJQLeoF0/) |
KLSCM 2021 VR |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOze15aCMF3ZDT6bZEWKtwW39qcuHRj0QqaZLMNUUSnvFb0YyNuqsxjCFmjiBIYdp3Esk45Vr5NBHFrWGUOMtzS2F7taZRqY3d3pFV7DeEvbWUiGx0zqG0LZKK31p1ovcbVpisctuk85I/) |
Ni gambar masa KLSCM 2020 VR |
Untuk event tahun 2021 ni, bro sebenarnya kurang bersedia. Mileage sejak beberapa minggu ni agak kurang. Jadi memang tak letak harapan tinggi untuk buat rekod baru. Tahun lepas, bro disokong oleh #teamsepakdaun, tahun ni disokong oleh MRU dan 1KNR.
Di initiate oleh Nabil, event ni kami merancang untuk buat pada 26hb November 2021 selepas solat Maghrib. Bro sampai dalam 7.45pm naik moto. Untuk kali ni, keperluan yang bro bawa:
1. Air 100+ botol besar dua (biasa dan hijau).
2. Redbull no sugar empat.
3. Energy gel beli kat farmasi tiga (RM6.20 satu).
4. Coklat sneakers (tapi tak makan)
5. Air extrajoss anggur buat dari rumah (dua pax - air 600ml).
Kasut pula bro guna Nike Air Zoom Tempo Next % sebab ni je kasut yang boleh bagi energy return ala2 carbon plate yang bro ada. Maklum la, tak training, harap2 kasut ni dapat membantu.
Baju pula garmin solidarity run (ingt tulisan garmin tu reflect cahaya sebab nak lari malam - sekali tak 😅), seluar pula tight asics size xs beli dari Nabil.
Ini perancangan dari Nabil:
KM 10 (1:05:50 pace 6.35)
KM 15 (1:40:00 pace 6.40)
KM 21 (2:21:45 pace 6.45)
KM 30 (3:25:00 pace 6.50)
KM35 (3:59:10 pace 6.50)
KM40 (4:36:40 pace 6.55)
FM (4:51:51 pace 6.55)
Nabil dan Shuk ada bawa tong untuk ais dan bro tumpang air redbull dan extrajoss. Ustaz Sabri yang masih belum cukup sihat (kaki injured) dapat menemani kami - siap masak mee goreng lagi (serius sedap mee gorengnya).
Geng larian kali ni ialah Nabil, Azhar, dan Naszre. Sepanjang larian ada juga beberapa geng lain yang join macam Kak Nisa, Kak Su, Abg Idris, Ipin.
Mula lari lebih kurang jam 8 malam. Perancangannya setiap +-5km, perlu minum air kerana nak lari jauh. Setiap 10km pula bro ambil energy gel untuk tenaga kerana tak makan malam lagi. Kami lalu loop besar sehingga keluar untuk dapatkan mileage yang sedikit tinggi.
Masa ni tengah steady lagi
Permulaan 21km pertama, kami semua masih ikut perancangan (+- sedikit beza). Semua masih kuat lagi. Kali ni bro memang nak lari dengan Nabil sebab dia sanggup buat hari yang bro free. Jadi tak patut la kalau tak lari dengan Nabil.
Di KM24, sudah sedikit terganggu. Banyak juga kamu berjalan di sini. Azhar dan Naszre lari sendiri kerana mereka masih boleh maintain kan pace.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYF9y6n6RLTvWTDnxquvA_PzjaAZ1ng-ufjOngjweIudkoz0Qq17GaDBqUOR8pblKJiZXMPDJJyhl8F9hTds1Qo7B2LzS0eCXsDJFX4VRrpsfJrXR1l9eihXLTF0SrTEfjaKhyphenhyphenzUQoPM4/)
Di KM ke 36, Nabil ajak bro pulun. Masa ni bro teman Naszre yang dah nak habis supaya dia dapat buat dengan masa yang lebih baik. Okay, mula dari sini kami kembali berlari dengan agak konsisten. Alhamdulillah, bro tamat dengan masa 5 jam 18 minit 36 saat (termasok masa berhenti). Target untuk dapat bawah 5jam gagal.
Walaubagaimanapun, secara jujurnya, bro rasa bro boleh konsistenkan pace, dan dapat target jam tu, tapi takpe, bro memang nak tribute kan larian ni untuk teman Nabil. Nak buat sub 5 ni sebenarnya lain kali pon boleh inshaAllah, tapi semangat dapat tengok kawan kita habis lari tu yang lebih utama. KM last, bro lari laju sikit, acah2 nak finish strong, hahaha.
Bro takde kecederaan apa2 alhamdulillah, masih boleh terus berlari rasanya jika masih ada lagi mileage. Pemilihan kasut yang baik dari segi energy return, tetapi sebab agak sempit dibahagian depan, kuku bro jadi hitam 😂 Lagi satu, ini fisrt time bro dapat sore nipples atau puting melecet. Pernah dengar / baca pasal ni, tak sangka pula jadi kat bro. Selain daripada dua ni, semua okay alhamdulillah.
Mungkin sebab pengambilan air dan energy gel yang cukup. Bro rasa masih kuat dan boleh maintain. Post larian pon okay, tanpa ada sakit apa2.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgplViS5FXFx6BMSBwJOikLE5ChPj37KvuCb1WRAEreiIva9XUvqIseMucRfggMVkBIF4KzBZ3t-_H7WLSjqmhH4jByG-I4TTlDwJuZi871FV7nt-eBlIUVxA-N7GeXS-2P6GtFb1gwLO0/) |
Ni la energy gel yang bro consume every 10km |
Yes, tamat
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRwtkpF4C7gbkvydrjME-Uk4uRAx0dqQSn2o4bPxKGqJ9QrIzm24T5N0YcqoIfRHYHWtWcgiztHHsp9cMzY04iyVnlONBclpbWKjLLJ9mk0mrRCXghfzSqGzBX4y2SWiCfdUpFKiDsjv4/) |
Pinjam baju Nabil |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjzKiCK1HttcEaWR5h3pg4Khbnv_s5G36pTfZ84cGWquQL19m7J_6RlJcUTbRZ1Lg9IvjE3RovSHUJyU7piEBSjsbdDOhkHTBkigee4-R_u0co-uJPORFFCK8h_GaAgc2sNTHFkzPLO8tA/) |
Dari kiri: Azhar, Shafiq, bro, Kak Su, Naszre, Ipin, Ust Sabri, Shafiq, Nabil, Shuk, Kak Nisa |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgB9oI3QclcLo1r-CFLoxI3JOVoRMYtBzdATa6eLltZGlGMkxQ9I7ZRQoQP97OhbGu9PNp34Z3tqMSIC6RzJ2xozGRyYv0BuVtSg4x7NLNG_3IxYhbbI1fMiXQBvjrYNyLd2ge-aEkK1P0/) |
OK lagi satu gambar |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhf0vT_l3bTpwtVJv7iHm1i_hMsiI7zW1YCg7rRtEtG96SwXmwfX1lpw8KGmFkJ-CCTN4Y2OhGW_SCQ10g5gkfOAlMXXcjNjRNnrZJGnwaCZ7LtDcgqWigf37o6bcVIJVc-0mDtVgAUzfs/) |
Share sikit gambar dari Smartpix - kat Putrajaya ni memang ramai betul lari nak completekan KLSCM ni. Ni kira antara training yang bro sempat buat. |
Walaupun bro tak dapat buat FM bawah 5jam, tapi dapt tengok kawan2 habis larian semua pon dah bangga dan terharu. InshaAllah bro akan kembali lagi untuk emndapatkan masa FM yang lebih baik. Masih lagi renew personal best untuk FM ni.
Tips untuk bro sendiri:
1. Kasut yang sesuai - jika ada kasut yang boleh bagi energy return, lebih baik.
2. Energy gel setiap 10km - ada yang kata setiap 7km.
3. Minum air setiap 5km - air tenaga seperti redbull memang sangat membantu.
4. Seluar tight yang selesa untuk mengelakkan melecet.
5. Baju dengan kain yang lembut dan sesuai (baju specific untuk berlari lebih baik - bukan baju event).
6. Mesti ada kawan atau pacer - paling penting nih.
7. Training mesti kene cukup.
No comments:
Post a Comment