27 Nov 2021
Ayah ride dari Puchong ke Melaka |
Mak dan ayah memang sudah ada di sini sejak 21hb Nov. Abang Aman dan Kak Muni sekeluarga tiba pagi suboh di rumah kami pada 27hb itu - bro habis lari marathon malam sebelumnya tu. Abang plan nak datang awal sikit tapi sebab kereta ada problem. Eda, Adam serta Nana tiba sekitar Zohor.
Abang dengan Kak Muni lambat sebab kereta breakdown tengah highway pulak |
Kami bertolak ke homestay sekitar jam 4ptg. Jarak lebih kurang 20km dengan masa 30 minit (Melaka jem 😅). Sampai2 di homestay, budak2 sudah mahu mandi kolam. Aku teman pada kali ini. Amni dan Sofea agak confident setelah beberapa kali kelas renang. Swimming board memang digunakan dengan baik kali ni. Pada sebelah malam, aku tak mandi kolam, yang lain mandi bersama budak2 lagi. Aku hanya lepak2 makan2. Apit dan Hanim sampai agak lewat.
Breakfast kat Teh Madu Bard ni hari Isnin, tapi Ayah ajak repeat Sabtu |
28 Nov 2021
Kami bermula dengan bersarapan nasi lemak. Kemudian acara sukaneka. Semua memberikan kerjasama yang baik alhamdulillah. Tiada kecederaan. Semua okay. Sukaneka ni yang handlenya Eda, Adam, Nana dan Maya. On the day, Eda dan Adam banyak uruskan. Maya pon ada jugak bace rules and regulations.
![]() |
Breakfast pagi |
![]() |
Rilex2 sebelum start game |
Ni antara sukanekanya:
1. Squirt game
Rasa series yang paling popular la. Jadi game nye pon sama. Lagu dipasang yang macam squirt game permainan pertama tu. Aku dengan Mem jadi tukang tembak.
![]() |
Posing sikit |
Video sikit masa tengah main ni |
Acara ni dimenangi oleh Amir, Gwa dan Amni.....(kot...x ingt lah)
2. Rebut kerusi
Rasanya semua orang Malaysia mmg tau game nih. hahaha. Amni fight dgn Apit last, Apit menang..hahaha..
Masa tengah main rebut kerusi |
3. Lari ikat kaki berpasangan
Yang ni ikut pasangan masing2. Bdk2 pon ada jugak. Aku ingt boleh menang nih, rupenya kalah..aduih...
Pasangan jatuh, hampir menang 😅 |
Ni juara |
Mak Ayah sporting je layan |
Pasangan ketua projek |
Pasangan budak, second last |
Ini last |
No 2..boleh la... |
Video takde pulak yang ni. Kalau ade mesti best.
4. Seterusnya game dalam kumpulan pertama - cari gula dalam tepung
Game ni setiap kumpulan, kene tiup tepung, amek gula2 guna mulut, dan bawak balik. Kumpulan terbahagi tiga. Kumpulan hijau, merah dan biru tak silap.
![]() |
Ni lepas main game..muke semua penuh tepung |
5. Game dalam kumpulan terakhir - musang berjanggut
Tak pernah main pon game ni, tapi game ni macam dalam cerita musang berjanggut. Kene asing2 kan barang2 ikot jenis. Okay, aku kumpulan dengan Mak kot. Of course menang lah..hahaha.
![]() |
Ni kumpulan ketiga |
![]() |
Ni bila dah siap..kreatif game ni..tak pernah main |
![]() |
Kumpulan ni dapat no 2 game ni |
![]() |
Ni kumpulan yang menang |
Dah selesai game, sesi penyampaian hadiah. Bagusnya dorang ni, setiap budak ada hadiah. Maksudnya takdelah yang merajuk tak dapat hadiah.
Cabutan bertuah Amsyar |
Ni cabutan bertuah Sofea. Bentuk bungkus ni macam gula2, Sofea boleh ingt ni betul2 gula2 besar, hahaha |
Amni dapat lagi satu sebab squirt game rasenya |
Cabutan bertuah Maya dapat |
Cabutan bertuah Mak dapat..ke Ayah...tak ingt 😅 |
Nana dapat cabutan bertuah grand prize, tapi diserahkan semula sebab Nana dah tahu hadiahnya..haha |
Si kecik Anaqi ni pon ada |
Ni kumpulan no 3 |
Ni kumpulan juara |
Amir dapat hadiah jugak |
Bukan main suke dapat dua hadiah |
Gwa dapat hadiah menang squirt game |
Amir dapat lagi ni sebab squirt game rasenya |
Lari ikat kaki no 2, boleh la..ada jugak |
Juara lari ikat kaki |
Ni kumpulan no 2 |
Grand prize yg Nana bagi balik tu, Eda dapat |
Rasanya itulah acara kemuncak kami. Malamnya kami buat BBQ. Plan nak makan dibawah cahaya bulan tak jadi sebab hujan lebat malamnya. Bedak2 join Adam and the gang main kad. Aku baring2 tido je la. Macam biasa, BBQ ni Apit yang banyak handle. Adam pon ada jugak. Aku? buat2 sibuk je.
29 Nov 2021
Hari terakhir. Pagi lagi budak2 dah mandi kolam. Aku malas nak mandi kolam. Tapi kesian pulak Anaqi nak join. Nasib abang keluar dan mandi kolam jaga Anaqi. Aku masok rumah makan2 dan kemas baju je la.
Sebelum semua ikut haluan masing2, kami singgah makan di Asam Pedas Selera Kampung. Ramai orang tapi masih ada tempat. Tang sangka hari biasa pon ramai macamni.
![]() |
Ni swimming pool tempat budak2 asyik berendam |
Gambar2 beserta caption:
Terima kasih Ayah belanja homestay ni |
Posing formal dulu |
Tangga ni memang cantik untuk amek gambar |
Tamat percutian kami.
Berkenaan Homestay Rumah Mak Embun ini:
Terbaik:
1. Rumah yang bersih, cantik, luas - suasana kampung yang aman.
2. Ada ruang depan rumah yang sangat luas - sesuai untuk aktiviti sukaneka keluarga.
3. Tuala mandi yang banyak - tuan rumah tidak kedekut.
4. Sabun mandi serta shampoo yang banyak - terbaik tuan tanah.
5. Kelengkapan memasak yang cukup.
6. Kelengkapan BBQ disediakan.
7. Rumah penuh aircond - tiada masalah panas dalam rumah (selesa).
8. Ada swimming pool.
9. Perabot dan katil memang mencukupi dan selesa.
Kekurangan:
1. Swimming pool agak dalam untuk kanak2 bawah 6 tahun.
2. Tahi kucing di luar - agak terganggu jika ingin makan BBQ di luar (kucing nya tidak mengganggu, tetapi family kami memang tidak berapa gemar dengan kucing, jadi kucing ini kami tidak bagi masuk rumah kebanyakkan masa) - aku pon memang alah sikit dengan kucing..hmm...kalau takde ni, dah perfect dah rasenye tempat ni.
Kos:
1. Rumah homestay RM1200 semalam, kami ambil dua malam, jadi rm2400.
2. Kos makan, hadiah dan lain2 sekitar rm1000 - banyak masak, jad memang kos banyak kurang.
No comments:
Post a Comment