Thursday, 28 July 2022

23072022 Twincity Half Marathon 2022

Alhamdulillah, tamat sudah Twincity 2022. Event ni asalnya aku taknak register sebab ingat kena pergi kursus. Tapi nama tak naik, jadi minta kawan (Faiez) carikan bib. Ada pulak, jadi terus register. Plan asal nak balik rumah Mak di Puchong, dan pagi2 gerak ke Cyberjaya, tapi wife taknak pula balik. Siap suroh ikut geng2 tido sana kat hotel. Jadi on je la. Pergi naik kereta Latif dengan Faiez, dan Ustaz Ibnu. Gerak dalam jam 12.30tghari 22hb. Terus ke tempat collect bib. Sebab aku beli bib orang, proses amek masa sikit, kesian kat kawan2 kene tunggu time ni. Kami pergi makan di Cyberjaya dan check in hotel. Nama hotel tu Tanyaa Hotel. Hotel yang besar dan selesa. Sesuai untuk business trip kerana tiada pool untuk kanak2 main. Petang kami saja berjogging di Putrajaya dan ambil gambar. Bila Faiez ada ni, gambar memang banyak cantik2. Antara gambar2 di Putrajaya:
Selepas tu kami makan malam di kedai nasi kandar. Malam tu ada bola JDT vs Melaka di TV. Jadi plan nak tido awal ter jadi tido tak berapa awal. Noll dan kawannya (Shah) datang dalam pkl2. Masa ni aku dah bangun dan tak boleh tido. Kami bersembang2 shj. Dalam jam 4.30 pagi, kami bersiap2 dan jam 5 pagi kami bertolak. Barlari perlahan ke tempat flag off. Jarak dalam 1.5km shj. Sampai di sana memang ramai sangat orang. Kami semua ambil kategori half marathon. Flag off jam 5.30pg. Untuk kategori marathon, flag off jam 430pagi. Aku cuba jaga air sembahyang suapya tidak perlu buka kasut dan stoking sampai masuk waktu suboh nanti, tapi apakan daya, terlalu ramai runner perempuan dan berhimpit sedikit ketika tolak menolak untuk ke depan. Larian bermula jam 5.30pg. Aku berlari bersama Faiez dan Ust Ibnu pada awalnya. Pace agak laju - sekitar 5 ke bawah (laju pada aku, tidak pada korang, haha). Sehingga ke tempat solat (KM9 kalau tak silap), kami berhenti dan solat. Kat sini penganjur boler perbaiki terumata tempat ambil wuduk dan kawasan solat. Ust Ibnu tegur kerana air wuduk telah dicelup dan tidak cukup dua kolah. Kami solat lebih kurang 9 minit. Selepas solat, kami cuba anggarkan sama ada boleh untuk habiskan bawah 2 jam. Tapi seperti tidak boleh, jadi semangat kami agak hilang dan kami mula perlahan. Mungkin di sini silap. Jika kami teruskan, mungkin boleh. Ust Ibnu tinggalkan aku dengan Faiez, dan kami berjalan + berlari. Anggaran total kami berjalan lebih kurang 9 minit juga keseluruhan. Apabila jam menunjukkan km sudah 20, Faiez ajak aku untuk finish strong. Kami berlari tetapi terdapat signboard menunjukkan lagi 3km. Kami agak keliru dan terus kembali berjalan. hahaha. Sampai di selekoh terakhir, kami nampak finish line dan terus memecut untuk menghabiskan larian. Seronok sungguh apabila sampai finish line. Ramai juga rakan2 berjaya buat rekod terbaru larian. Hebat2 semua. Aku dapati stamina aku agak kurang untuk kali ini. Aku periksa larian2 aku yang lepas, sudah lama rupanya aku tidak buat larian jarak jauh. Nampaknya tanpa training yang cukup, masa larian ini adalah sesuatu yang aku patut syukuri. Alhamdulillah untuk segalanya. Sedikit gambar dihari kejadian:

No comments:

Post a Comment